Sunday, August 12, 2012

Macam-macam :)

Bismillahirahmanirahim

Banyak yang berlaku dalam kehidupan. Nikmat demi nikmat, Ujian demi ujian. Semuanya membawa kita kepada perubahan daripada satu fasa kehidupan kepada fasa yang seterusnya. Sebelum akhirnya berlabuh di dunia sebenar suatu hari nanti.

Alhamdulillah, saya dan keluarga diizinkan oleh Allah menjejak bumi Korea selama seminggu. Percutian yang sangat-sangat memberikan pengalaman baru yang mematangkan. Ujian fizikal dan emosi. Suka duka yang tak mampu diceritakan. Di mana pun kita berada, tapi tetap yakin hanya Allah sebaik-baik pelindung. Terima kasih buat anak saudara tercinta kerana sudi melayani karenah kami di sana.

Bunga ros di Korea :)

Tidak lupa, pengalaman pertama drive dari Bangi ke Setiu. Terima kasih ya ALLAH, kerana memberikan keselamatan dan perlindungan sepanjang musafir. Pasakkan keyakinan yang tinggi, hanya ALLAH sebaik-baik pelindung! Pastinya dengan doa daripada ibu yang asyik meng-call sepanjang perjalanan. Hehe.

Ramadhan semakin berlalu pergi. Rahmat ramadhan dicicip pada hari-hari yang tersisa. Tidak lama. Tinggal kurang daripada 10 hari.

dan lailatur Qadar, menjadi impian buat semua insan yang cintakan Allah.

p/s : 2012, lahir 2 putera, anak saudaraku yang ke-30 dan 31 alhamdulillah. Selamat datang ke dunia yang mencabar, selamat mengayuh roda kehidupan :)

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat