Monday, August 1, 2016

2016

Bismillah

13 Mac 2016 selamat setahun si kecil bujang yang kini sudah besar di mata mama. Sudah faham banyak perkara, sudah boleh jadi teman suka duka. Terima kasih sayang. Tiba-tiba hari ini mama berhasrat nak berkongsi beberapa keping gambar kenangan, siapa tahu kalau mama tidak lama di sisimu, kasihku.

Bukan mudah membesarkanmu, hanya mama mampu memberikan apa yang terbaik semampu diri ini yang penuh kekurangan dan cetek pengalaman. Terkadang kita berdua, menempuh cabaran hidup kita tersendiri. 'Perit' dan manis untuk mama kenangi, semuanya memberi erti. Izinkan mama terus berjuang dan belajar untuk menjadi seorang ibu.



 Di sisi Tokki

Dalam dukungan Cik Tok

 Bersama kakak yang Solehah

 Membantu mama di sekolah :)

 Aktiviti di kampung tercinta. Ayyash memang suka outdoor. Mencabar untuk mama.

 Teman ayah cuci mata

Silau ye mama, Ayyash tutupkan ye...

 Playroom @ home

 Penulis cilik. Ameen ameen ya Robb

Bismillah!

 Indahnya alam ciptaan Tuhan.

Ayah yang penyayang, buat anak-anak :) 



 Seawal usia 2 bulan habis pantang, menjadi penonton setia perlawanan tennis ayah :)

 Ngantuknya, masih waktu tidur saya la. Tidur dulu yaa. Ayah main tennis elok-elok. Huhu

Che Tok pun Ayyash heret sama ke court tennis. Aduh :D

Dan siapa sangka, rezeki Allah sentiasa ada pada setiap hambaNya mengikut apa yang terbaik. Tidak lama lagi, si bijak mama ayah akan bergelar abang. Allahu Allah..Terima kasih ya ALLAH.


'Tugas' pertama mama untuk si comel adalah shopping :D

4 Syawal 2016 genap 3 tahun. Melayari bahtera rumahtangga. Kadang terasa seperti masih baru, terkadang rasa sudah sangat lama. Alangkah anehnya 'rasa' <3. Semuanya anugerah Maha Pencipta.

22 Jun 2016, genap setahun melunasi tugas sebagai seorang guru baru. Dengan pelbagai tugas yang tergalas di bahu. Hari-hari yang dilalui seakan sangat penuh dan 'berat', moga Allah mengampuni ruang-ruang lompong kekurangan yang tidak mampu ku isi dengan sempurna.

Ingin menulis, terlalu banyak yang tak terungkap. Biarpun semuanya masih terakam kemas dalam memori. Insha Allah, ada masa sambung lagi. Hehe.

Ummu 'Ayyash
Teratak cinta HM

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat