Thursday, January 11, 2018

Selamat datang, Afiya Ahda

Tempat kelahiran yang sama dengan Ayesha Ahla, cuma nama hospital ni dah diubah.

Sebenarnya tak rajin nak menulis. Tapi memikirkan mama nak berlaku adil pada anak-anak hehe. Ayyash dan Ahla ada coreran untuk mereka. Untuk si adik Ahda mestilah ada juga 😃

Alhamdulillah cerita kelahiran yang sangat hampir menyamai kakak Ahla. Atau boleh kata memang sama dari segi tempoh masanya. Turun tanda pagi jam 7, masuk wad jam 9, pecahkan air ketuban jam 10 dan jam 12.05 minit lahirlah si bijak solehah, dengan berat 3.2 kg.

Sejak dari awal, mama mind setkan nak bersalin sebelum tarikh due. Dan kalau boleh biarlah tahun 2017. Walaupun ramai yang cakap better tunggu tahun baru, tapi entahlah mama tak kisah pun anak mama termuda dalam kelas hehe. Tapi pastinya semuanya tetap terserah pada Allah mana yang terbaik. Mama dah resah sikit bila  masuk 36 minggu tu bermula cuti sekolah, bererti mama tak banyak exercise turun naik tangga, berkejar sana sini dan tak banyak bergerak. Jadi mama cari aktiviti dalam dan luar rumah yang boleh membantu. Dalam rumah, mama basuh toilet, turun naik tangga kemas bilik, mama vacuum rumah. Dan di luar rumah, mama ke sana sini keluar beli barang. Bawa anak-anak jalan-jalan. Ke chow kit dua kali berjalan jauh dari parking, berjalan-jalan dalam plaza GM, ke kedai eco2 membeli barang beberapa kali, ke m3 mall, aeon , sempat juga ke Kenanga Wholesale City dan the Lightbox Sungai Buloh bersama keluarga tersayang. Sebenarnya masa berjalan-jalan memang ada rasa braxton hicks dan perut mengeras, mama sabar dan diamkan je. Cuba enjoy dan tenang sepanjang berjalan-jalan untuk releasekan hormon oxytocin yang membantu lagi memudahkan induksi semulajadi kelahiran.


Malam sebelum kelahiran tu, sebenarnya dah ada rasa contraction. Tapi mama tak layankan sangat sebab dah beberapa kali juga sebelum ni ada rasa contraction bila penat sangat. Layan mild contraction tu sendirian di tengah malam. Cium anak-anak yang lena beberapa kali. Terjaga-jaga setiap sejam bila terasa. Maklumlah dah anak ke3, rasa lebih bersedia dan tenang nak hadapi. Tak ada la nak kelam kabut sangat kan hehe. Lepas ayah hantar ke hospital pagi tu pun, siap offer ayah balik rehat dulu, datang balik lepas zohor sbb belum sakit. Tapi gerak hati ayah pun boleh tahan jugak, nak stay je sebab mungkin cepat katanya. Dan memang cepat pun, alhamdulillah.

Semuanya Allah permudahkan. Petang tu, ummi dan kakak-kakak abang datang ziarah mama dan baby. Alhamdulillah, keluarga besar kami dah bertambah besar. Moga Allah bantu kami memelihara amanah ini semuanya.

Minggu pertama, selesai tahnik, aqiqah dan menamakan anakanda. Terima kasih untuk ayah yang melayan permintaan cari nama yang erat pada hati ini. Setakat ni semua nama anak-anak, ayah yang beri cadangan, tapi mama yang akan pilih dari cadangan yang diberi.




Fresh! Gambar di hari pertama

 Sampai rumah, abang kakak menunggu.



Hari ke-7, rasmi namanya Afiya Ahda.

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat