Tuesday, July 10, 2018

Coretan Julai 2018

Afiya Ahda dah 7 bulan alhamdulillah! Syawal pun hampir melabuhkan tirai.

Mama baru log in blog :D

Syukur atas semuanya, masih bernyawa. Masih direzekikan dengan nikmat besar menjadi seorang hamba Allah yang beriman. 

Abdullah 'Ayyash dah berusia 3 tahun 4 bulan. Ayesha Ahla pula 1 tahun 10 bulan. Afiya Ahda dah sangat aktif, makin comel kini berusia 7 bulan. Masih fully breastfeed,  namun sejak 6 bulan sudah mula makan. Doakan Afiya diberi rezeki menyusu ibu hingga masanya yang terbaik. Doakan mama tabah ye!

Anak-anak semuanya makin lasak. Tapi mama tak kisah. Mama syukur dan bangga anak-anak mama melasak. Lasak yang positif tanda akal mereka sedang berkembang. Banyak bertanya. Malah, menangis pun banyak kebaikannya jika mampu ditangani. Banyak yang perlu mama usahakan demi anak-anak tersayang. Makin anak besar, makin rasa berat amanah yang tergalas di bahu ini. Sampai mama pernah tanya ayah " Berdosa tak kalau seseorang tu rasa cukup dengan anak yang ada, sebab dia rasa berat dengan amanah tu. Dan berdosa tak kalau dia rasa takut tak dapat sediakan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dari segi kewangan.." Ayah kata tak pe asalkan jangan sampai marah dan nak gugurkan bila Allah dah rezekikan ada.

Ramadhan tahun ni alhamdulillah mama sihat dan tidak dalam keadaan mengandung. Rasa dapat lebih menikmati keindahan Ramadhan. Seronok dapat mencuba resipi- resipi baru sepanjang Ramadhan. Balik sekolah lebih awal, 5.30 dah balik. Jadi sempat memasak juadah berbuka. Sebulan berpuasa tak jejak kaki ke bazar Ramadhan. Makan apa yang ada. Sayur dengan ikan goreng pun dah cukup. Ramadhan kali ni memang berazam nak bersederhana. Berbuka dan bersahur ala kadar. Memang sangat bagus juga untuk kesihatan.

Bercerita tentang raya pula, raya pertama tahun ni 2018 di Setiu Terengganu rumah tokki dan ciktok. Petang raya kedua pulang ke rumah atuk dan opah di Gedangsa. Alhamdulillah alhamdulillah untuk semuanya. Beraya dengan anak ber-8. Meriah dan jadi momen yang sangat bermakna. Cabaran ada di sana sini, biasalah beraya dengan anak kecil. Penat usah dicerita. Tapi tetap alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah juga syukur pada Allah, 4 syawal menjengah lagi memberi tanda 5 tahun usia ikatan perkahwinan mama ayah. Hanya pada Allah kami mohon keberkatan dan keredhaan pada hubungan ini. Juga pada hubungan adik-kakak dan mama-anak ber5. Tiada yang sepi dari ujian dan cabaran, kerana seringkali juga tewas pada emosi dan nafsu. Semuanya moga dalam rahmat Allah selalu.

Gambar banyak ada untuk 'bercerita' pada yang melihat, insha Allah nanti ada masa mama share di sini untuk kenangan akan datang. Gambar banyak dalam phone lagi.

Coretan pantang : bengkung moden atau tradisi?

* artikel ni saya edit daripada artikel lama yang tak dipublish..sory kalau kelam kabut susunannya sebab tambah situ tambah sini hehe
* 7 bulan post ni diperam dalam archive, tak sempat baca balik sangat pun terus tekan button publish.. sorry atas kekurangan di mana-mana ya.


3 tahun berturut-turut berpantang, 'kawan baik' dalam pantang pastinya bengkung. Walaupun saya banyak baca cara berpantang doktor-doktor, tapi secara peribadi saya suka je berpantang. Tak rugi manfaatkan masa pantang untuk 'memanjakan' diri setelah kepenatan yang kita lalui. Lagipun kata orang badan nak pakai lama. Sebab nak pakai lama tu la kena cari ilmu pantang, bukan sekadar ikut-ikutan. Setakat ni saya rasa termasuk dalam orang yang mengamalkan pantang. Malah untuk kelahiran kali ke3 ni, rutin pagi bersauna, mandi herba, lulur, tangas, mengurut dan bertungku. Rajin? Sebenarnya direzekikan untuk ambil CL kali ni. Sebenarnya semua ni rezeki, ada orang mungkin tak rajin atau tak sempat berpantang sebab ada kekangan tapi tetap sihat sampai ke tua. Ada orang berpantang, tapi sampai masanya tetap juga sakit sana sini. Atau ada orang yang dengan asbab pantang, dia tetap kuat dan sihat. Apapun, kita ikhtiarlah mana yang mampu, kan?

Dan, bila kawan-kawan pm bertanyakan tentang bengkung mana yang paling okay, saya malas sikit nak bagi pandangan sebab saya tahu kadangkala ia isu yang sensitif untuk sesetengah orang yang mungkin obses pada bengkung tradisi atau moden. 

Tapi, apa yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi semata-mata. Dan gambar-gambar di bawah adalah bengkung yang pernah saya cuba.

Pertama sekali, kita kena tahu fungi. Apa fungsi bengkung yang kita pakai?

 Bengkung moden. zap zap siap. Ada 3 pcs, atas tengah dan bawah. 

 Bengkung lilit dua

 Bengkung lilit 3


Bengkung tali + zip

Bila kita dah jelas fungsi, contohnya untuk mengawal selera makan, untuk mengempiskan perut etc. So, sekarang bukan jenis dan bentuknya yang jadi isu. Tapi sejauh mana ia berfungsi untuk badan kita. Lain orang, sudah tentu lain kesesuaiannya. Cuba, dan rasa sendiri ya mana yang paling sesuai. Tak kisahlah dengan namanya moden atau tradisional :)

Bagi saya, bila saya pakai bengkung tali, saya jenis yang bukan stay atas katil dalam pantang. Saya cuba bersederhana dalam berpantang. Saya berjalan-jalan dalam rumah sebagai cara saya bersenam untuk melancarkan darah sebab darah ibu selepas bersalin adalah sangat pekat berbanding biasa. Tapi bukanlah berjalan laju atau berlari pulak. Honestly, rasa takut baca perkongsian doktor tentang risiko kematian mengejut dalam pantang antaranya disebabkan pergerakan ibu yang terhad. Sila google dan baca tentang pulmonary embolism ya. Kes yang sangat banyak berlaku.

So, bila tak stay je, kadangkala bengkung tali ni akan semakin longgar selepas pakai. Dan sekaligus tak berfungsi la. Nak pakai semula, ambil masa dan susah kan? Belum cerita, bila nak masuk tandas lagi. Ok, saya tak nak stress dalam pantang. Anak pun dah 3, semua masih kecil. Mereka memerlukan mama mereka yang tetap tenang meskipun dalam tempoh berpantang.

Bagi saya, bengkung bila dipakai rasa sangat kemas dan kuat pada perut. Malah, jujurnya rasa selesa walaupun kemas menekan perut. Memang rasa tak nak makan bertambah, tambah pakej selesa dan membantu emosi. Bila-bila masa nak buka dan pakai semula pun tak ada masalah, mudah. 

Walaupun dengan hanya bengkung moden, tak ada masalah untuk kempiskan perut sejak dalam pantang. Tapi kena jaga makan juga. Saya ingat pesan ibu sejak dia jaga saya dalam pantang pertama. Jangan pernah bertambah nasi masa dalam pantang. Saya memang tak pernah berani makan bertambah.         

Macam tu juga dengan air masak, walaupun pantang melayu biasanya tak menggalakkan minum air masak banyak. Tapi ibu sangat memang sangat suruh saya minum banyak, dan memang sangat membantu untuk membanyakkan susu ibu. Sebab dia kata amalan dia dari dulu minum air banyak.

JANGAN STRESS

Yang penting bagi saya dalam berpantang adalah jangan stress. Jangan stress sebab bengkung atau amalan berpantang yang tubuh kita sukar nak adapt. Jangan stress sampai menjejaskan penghasilan susu ibu. Jangan stress sampai asyik nak menangis tak menentu. Saya ni adalah seorang yang tak gemar 'diikat' termasuk bengkung tali. Tapi alhamdulillah, saya masih dapat kawal stress jika pakai bengkung tali pagi sampai petang. Dan sebaik sahaja mandi petang, saya akan guna bengkung moden pula. Suami dah kenal isterinya ni yang tak suka perkara-perkara yang menganggu emosi. Contohnya, tiga kali bersalin saya menolak nak letak kaki atas alat meletak kaki yang diikat bagi memudahkan meneran. Dan tak suka jarum yang dicucuk pada tangan. Semua tu mengganggu fokus untuk meneran, saya jadi rasa nak marah. Belum sempat saya beritahu, suami terlebih dahulu dah maklumkan pada nurse dan doktor. Alhamdulillah mereka faham. 


Dan saya teringat CL (confinement lady) yang jaga saya semasa berpantang kali ke3 ini. Dia sangat bising untuk saya berpantang.. tapi bila jam 9 malam, dia selesai menjalankan tugas.. akhirnya saya sendiri menguruskan anak-anak terutama ketika suami tiada. Seolah-olah berpantang itu hanya di siang hari yang dia kisahkan. Dan malam dia dah tak kisah. Sayalah yang akhirnya keliling mengendong bayi berjalan sana sini ketika dia meragam, atau membasuh berak anak sulung (3y) dan buat bermacam-macam di malam hari. Walaupun dia menasihati bahaya tidak berpantang, tapi ketika saat memerlukan saya akhirnya terkapai-kapai sendirian juga..tidak ramai yang sudi berada di masa kita susah berpantang seperti waktu malam... 

Dan malam adalah masa yang saya paling teringatkan ibu dan kakak-kakak di kampung yang akan bergilir berjaga sepanjang malam menjaga anakanda ketika saya pulang ke kampung seminggu atau dua semasa berpantang. Ya, mereka tak pernah membebel untuk saya berpantang tapi mereka buat saya rasa sangat-sangat sempurna menjadi wanita berpantang. Siang dan malam mereka raikan emosi dan keperluan saya.

Setiap ibu pastinya Allah jadikan terbaik untuk anak.. Ibu saya memang hebat pada mata saya..Dialah insan yang paling ingin saya ‘berpantang’.. Dia tidak memaksa saya atau buat saya stress bukan-bukan malah menerima pula apa yang saya maklumkan serba sedikit cara pantang yang doktor sarankan. 44 hari dia jaga saya masa saya berpantang anak sulung.. siang dia sangat penat dengan pelbagai urusan rumah, memasak dan sebagainya tanpa henti dengan kudrat tubuh tuanya. Dan..sepanjang malam dia berjaga menemani saya menguruskan anakanda sulung yang memang kuat menangis malam, ketika hari suami tiada di rumah. Tersengguk-sengguk dia menahan kantuk. Perhatian, kasih sayang dan bantuan itulah yang semua wanita berpantang perlukan, apatah lagi untuk anak pertama, ketika segalanya sangat baru untuk kita tempuhi.

Saya sendiri secara peribadi cuba ikhtiar apa yang termampu untuk hadapi tempoh 44 hari ni. Rancang apa yang perlu agar tak menyusahkan dan merisaukan orang sekeliling. Syukur alhamdulillah suami sangat memahami. Dari awal saya maklumkan, azam saya berpantang kali ini nak berpantang dengan tenang dan happy. Apapun, sebagai isteri, tetap sangat hargai nasihat-nasihat suami tanda ambil berat. Seronok sebenarnya bila suami berikan nasihat apabila tengok isteri tak berapa ambil berat tentang diri sendiri masa berpantang. 

Dan bila sesiapa sekalipun menasihati, hargailah kerana itu tanda rasa kasih dan ambil berat mereka pada diri kita.



 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat