http://www.youtube.com/watch?v=v5m7b7uFlyk&feature=youtu.be
Tuesday, December 4, 2012
(BICARA SELEBRITI) Puisi Ustaz Azhar Idrus : Maafkan Kami
http://www.youtube.com/watch?v=v5m7b7uFlyk&feature=youtu.be
Posted by Wardah Maqsurah at 7:30 AM 0 comments
Monday, November 19, 2012
Nasihat yang menggetarkan hati..
Posted by Wardah Maqsurah at 7:36 AM 0 comments
Labels: Nasihat
Friday, November 2, 2012
Kisah Persahabatan Agung
Posted by Wardah Maqsurah at 10:22 PM 0 comments
Labels: Sahabat
Wednesday, October 31, 2012
Life is beautiful in its own way.
Today I came across a quote. “As we grow up, we learn that
even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will.
You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight
with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry
because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive
freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no
time outs, no second chances”
In this
life, I learn that we should not get influenced with physical aspect too much. Or,
we are going to stay unsatisfied, never ready to say ‘alhamdulillah’ for too
many things that we already get before. Don't go for looks, because looks can
deceive. Don't go for wealth, even that will fade away from you. Don’t go for
someone who makes you smile because it takes only a smile. But go for the only
one who creates you, He always know the best for you.
The happiest people don't necessarily have the best of
everything in this world, they just make nice the most of everything that comes
along their way. Yet, writing is easy, but to make it true in reality might be hard.
![]() |
Last,
but not least, when life gives you a hundred reasons to cry, show life that you
have a thousand reasons to smile. Thank you Allah, for a very lovely family. Thank you Allah for a very kind friends. Thank you Allah for everything and everyone!
Sincere,
Wardah
Maqsurah
11.05pm
Posted by Wardah Maqsurah at 11:12 PM 0 comments
Labels: Kehidupan
Thursday, October 11, 2012
Ibrah daripada sirah : KISAH KA'AB BIN MALIK DIHUKUM RASULULLAH
Penyesalan Ka'ab bin Malik ketika dihukum Rasulullah, kisah yang boleh mengalirkan air mata..
Bayangkan jika orang yang dekat dengan kita dan orang yang kita sayangi memulaukan kita dan enggan bercakap dengan kita..pasti akan rasa terseksa jiwa.
Inikan pula Ka'ab bin Malik, yang diuji dengan keengganan Rasulullah SAW untuk bercakap dengannya kerana tarbiyah Rasulullah kepadanya akibat kesilapan tidak mengikuti perang terakhir bersama Rasulullah. Sedangkan dia tidak pernah ketinggalan mengikuti siri-siri peperangan sebelumnya. Hanya kerana hartanya yang kian melimpah ketika itu.
Hanya Allah yang tahu tekanan rasa yang dihadapinya.
Di mana tabukmu?
Itulah Ka'ab bin Malik, biarpun dihukum kerana tidak hadir di medan perang yang tertangguh di Tabuk. Ia bukan menjadi peluang untuk berpaling dari terus berada di dalam nakhoda yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku ketika terdapat ramai puak munafiqin yang tidak menyertai gerakan jihad ke Tabuk. Mereka bukan sahaja gagal menyahut seruan Nabi, bahkan cuba mempengaruhi orang lain supaya menguzurkan diri. Hal ini dirakamkan di dalam surah at Taubah ayat 81 :
"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad); Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."
Orang munafik berkata, "Janganlah berpergian dalam keadaan panas."
Lantaran itu Baginda menjawab, "Api neraka Jahannam lebih panas membakar."
Ketika orang-orang munafik menguzurkan diri dari peperangan tersebut, mereka langsung tidak dikenakan tindakan oleh Rasulullah S.A.W. Tetapi, ketika tiga orang Sahabat Nabi berhadapan dengan Baginda, mereka langsung dikenakan hukuman dari Allah iaitu pemulauan untuk beberapa tempoh yang ditentukanNya. Di antara orang-orang beriman yang tidak menyertai tentera Muslimin ke Tabuk ialah Murarah bin Rabi', Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik.
Murarah bin Rabi' tidak bersama-sama pasukan Nabi Muhammad S.A.W kerana hasil tanaman tamar dikebunnya sedang masak dan terpaksa dikutip. Lalu beliau menyangka penyertaannya dalam lain-lain peperangan sebelum ini, dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang seterusnya bakal dihadapi oleh kaum Muslimin.
Manakala Hilal bin Umayyah pula sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota itu. Seperti Murarah, Hilal juga menyangka penyertaannya di dalam beberapa peperangan terdahulu bersama Rasulullah S.A.W, mengizinkan sebab keuzurannya.
Ka'ab bin Malik pula saat itu sedang menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, kebunnya subur, unta-untanya beranak-pinak. Hal itu menyebabkan Ka'ab telah tertinggal kebelakang dari turut bersama pasukan Rasulullah S.A.W di Tabuk. Hal ini disedari oleh Rasulullah apabila Baginda bertanya kepada Para Sahabat, di mana Ka'ab bin Malik? Menyedari reaksi Rasulullah S.A.W tertanya-tanya, Para Sahabat meminta Ka'ab menemui Baginda sejurus sampai ke Madinah.
"Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?", tanya Rasulullah S.A.W kepada Ka'ab.
Lantas Ka'ab menjawab, "Ya RasulAllah S.A.W, kalau orang lain sudah tentu aku memberikan alasan-alasan yang munasabah kerana Allah mengurniakanku kefasihan. Tetapi kepada Baginda Rasulullah, walaupun aku dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang mampu memuaskan hati, sudah tentu Allah akan memurkaiku. Oleh itu aku bercakap benar. Demi Allah! Aku tiada sebarang alasan pun sedangkan pada waktu itu hidupku mewah dan jauh dari sebarang keuzuran."
Kesalahan Ka'ab bin Malik, Murarah bin Rabi' dan Hilal bi Umayyah tidaklah begitu serius jika hendak dibandingkan dengan seruan-seruan supaya tiadanya wala' dalam jamaah, ataupun menubuhkan pasukan lain untuk menyaingi pasukan Rasulullah S.A.W. Lagi pula pertempuran sebenarnya tidak berlaku di Tabuk, bahkan pasukan Rasulullah S.A.W kembali ke Madinah dalam keadaan tidak berperang. Tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap hukuman yang dikenakan oleh Rasulullah. Mereka bertiga dipulaukan untuk beberapa tempoh yang ditentukan. Tidak ada seorang pun yang boleh bergaul dengan mereka bertiga, kerana itu arahan Rasulullah S.A.W.
Ketika itu dunia yang begitu luas menjadi sempit kepada mereka bertiga akibat hukuman ini. Hal ini lebih membimbangkan lagi jika di antara mereka menemui ajal, pastilah Nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengimami solat jenazah mereka. Sebaliknya pula jika Baginda S.A.W wafat, sudah tentu pemboikotan yang dikenakan ke atas mereka berterusan sehingga ke akhir hayat.
Kekhuatiran itu menyebabkan Ka'ab bin Malik sering memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad S.A.W sambil memberikan salam. Ka'ab menunggu-nunggu jawapan Baginda S.A.W dengan penuh penyesalan dan harapan, namun kerapkali pertemuannya membuahkan kehampaan. Pernah satu ketika Ka'ab memanjat pagar kebun sepupunya, Qatadah. Ka'ab mengucapkan salam kepadanya tetapi tidak berjawab. Lantaran itu Ka'ab menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Ka'ab bertanya, "Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah dan RasulNya?"
Soalan itu diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiga baharulah Qatadah menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui."
Mendengar jawapannya itu Ka'ab menangis lalu meninggalkannya.
Di suatu sudut lain ketika Ka'ab dikenakan pemulauan tersebut, banyak suara yang membelanya, banyak suara empati tentang hukumannya, bahkan ada juga suara yang memujuk dan mengajaknya agar berpaling dari kumpulan Rasulullah S.A.W. Pujukan itu berupa tawaran-tawaran jawatan, jabatan, kedudukan, kemuliaan yang mungkin akan diberikan oleh seorang raja dari Ghassan yang beragama Nasrani dari negeri Syam. Ini kerana kewibawaan yang dimiliki oleh Ka'ab dianggap memiliki daya tarikan yang cukup kuat, pengaruh yang cukup hebat, yang mampu memberikan kepentingan apapun yang diinginkan oleh pihak lain terhadapnya.
Itulah apa yang dialami oleh Ka'ab bin Malik setelah berita pemulauannya sampai ke pengetahuan Raja Ghassan. Raja Ghassan kemudiannya menyerahkan sepucuk surat yang berbunyi, "Kami telah mengetahui penganiayaan yang kamu perolehi dari pemimpinmu (Nabi Muhammad). Allah tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Ada baiknya kamu menyertai kami, dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."
Luar biasa perhatian Raja Ghassan kepada Ka’ab bin Malik. Ketika posisi Ka'ab berada dalam keadaan kritikal kerana dihukum oleh Nabi, seorang Raja yang punya kerajaan, punya harta dan takhta memberikan perhatian khusus kepadanya. Pada saat semua Sahabat tidak peduli kepada Ka'ab, ternyata masih ada orang yang ingin menyapanya, bahkan ia adalah seorang Raja.
Mujurlah yang mendapat surat itu Ka'ab bin Malik, seorang mujahid yang hebat. Beliau bukan orang yang mudah dipujuk rayu. Beliau bukan orang yang mudah diajak melakukan bangkangan terhadap gerakan yang dipimpin Rasulullah S.A.W.
Tidak ada ungkapan pembandingan yang keluar dari mulut Ka’ab seperti, "Orang luar pula yang memberikan perhatian kepada nasibku. Sahabat-sahabatku, jiran tetanggaku, orang yang satu jama’ah denganku, langsung tidak peduli dengan diriku".
Tidak ada garis kalimat seperti itu yang tercetus dari mulut Ka’ab bin Malik. Beliau menyedari, surat Raja Ghassan itu adalah ujian berikutnya yang harus dihadapi dengan sepenuh kesedaran dan kefahaman. Adapun matlamat dunia dan akhirat yang diinginkannya adalah keredhaan Allah dan RasulNya. Bukan pengakuan orang, bukan apresiasi Raja Ghassan. Surat Raja Ghassan itu benar-benar merupakan sebuah ujian keikhlasan yang datang tepat pada waktunya, dan Ka’ab mampu melalui ujian ini dengan sempurna.
Ka'ab bin Malik memasukkan surat Raja Ghassan itu ke dalam relung api dan membakarnya. Lalu Ka'ab terus berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W sambil berkata, "Ya RasulAllah S.A.W, hampir-hampir aku tergelincir ke dalam jurang kehinaan yang amat dahsyat, sehinggakan orang-orang kafir menyangka aku akan murtad."
Mendengar keluhan Ka'ab bin Malik itu, Rasulullah S.A.W tetap berdiam, bahkan tidak memberi respon ke atas apa yang berlaku kepada Ka'ab.
Selepas 40 hari pemulauan itu berjalan, dan harapan agar berita berakhirnya masa hukuman ke atas tiga orang Sahabat Nabi segera diutuskan, seorang utusan Nabi Muhammad S.A.W mendatangi Ka'ab dengan membawa satu perintah baharu, iaitu perintah supaya ketiga-tiga orang Sahabat yang dipulau ini berjauhan dengan isteri. Utusan yang datang bukan utusan pengampunan, justeru menambahkan lagi hukuman berikutnya iaitu berpisah tempat tinggal dengan isteri. Hidup dirasakan seperti di dalam penjara, tanpa teman, tanpa anak dan isteri yang menemani.
Lengkap sudah kesunyian ini, ketiga-tiga Sahabat Nabi ini menjalani babak baharu dalam hukumannya. Mereka adalah mujahid sejati, mereka tidak memberontak dan menolak hukuman berikutnya. Kata Ka'ab yang akur dengan arahan ini kepada isterinya, "Pergilah kamu tinggal bersama-sama orang tuamu sehingga Allah menentukan sesuatu hukuman lain bagiku."
Justeru bersantai sahaja di rumah dan tidak bersama-sama kaum Muslimin ke medan perang bukanlah kesalahan yang ringan. Buktinya hukuman masih ditambah dan ditingkatkan.
Di antara tiga orang Sahabat yang dikenakan tindakan pemulauan ini, Hilal sahaja yang memiliki masalah yang berbeza kerana usianya yang sudah terlalu tua jika dibandingkan dengan Ka’ab dan Murarah. Lantarn itu, isteri Hilal bin Umaiyah datang menghadap Rasulullah S.A.W dan mengadu bahawa suaminya sudah tua dan tidak memiliki pembantu untuk merawatnya. Isterinya tidak sanggup membiarkan Hilal yang sudah tua itu menjalani kehidupan sendiri. Lantaran kebijaksanaan Baginda Nabi S.A.W, permintaan isteri Hilal bin Umaiyah diperkenankan.
Begitulah mulianya adab Para Sahabat. Bila arahan dikeluarkan oleh Nabi S.A.W, mereka mendengar dan taat. Ketika hukuman itu terasa memberatkan bagi orang seusia Hilal bin Umaiyah, isterinya pula mengusahakan keringanan bagi suaminya. Menghadap Nabi S.A.W dengan penuh akur terhadap arahan dan mengharapkan belas dari Baginda disebabkan kondisi suaminya itu. Itu semua merupakan hak yang diakui oleh Baginda Nabi S.A.W, dan ia bukan suatu keaiban dan kesalahan. Sesungguhnya ini adalah contoh interaksi yang sangat mulia, antara orang-orang beriman, yang sangat mencintai Allah dan RasulNya.
Pemulauan terhadap tiga orang Sahabat Baginda S.A.W berakhir sebaik sahaja terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit, "Ada berita gembira buat kamu wahai Ka'ab!"
Sebaik sahaja mereka bertiga mendengar berita pengampunan itu, mereka masing-masing bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah. Seluruh Sahabat mengucapkan tahniah kepada mereka dan ketika itu wajah Baginda S.A.W berseri-seri dengan cahaya kegembiraan.
Inilah kesan tarbiyah dari peristiwa yang sangat mustahak diambil pengajarannya. Peristiwa menarik seperti ini hanya dapat kita saksikan dari generasi terbaik di zaman Baginda Nabi S.A.W. Ia memberikan pelajaran kepada kita semua, sekalipun pengajaran itu melalui kesilapan orang-orang soleh terdahulu. Ini kerana, jika generasi keemasan Islam tidak pernah ada orang bersalah, untouchable, maka kita tidak dapat mengambil ibrah dari kesilapan mereka.
Semua orang memiliki peluang melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang bersalah adalah yang bersedia mengakui kesalahan itu dan melakukan perbaikan. Salah satu usaha perbaikan itu adalah dengan jalan menerima hukuman, dan menjalaninya dengan sepenuh kesedaran dan kerelaan.
Posted by Wardah Maqsurah at 3:22 PM 0 comments
Labels: Sirah
Thursday, September 20, 2012
Jangan Lemah kerana CINTA :)
Susuri kisah cinta agung Rasulullah kepada umatnya, cinta Saidatina Khadijah kepada suaminya, cinta Abu Bakr kepada Rasulullah dan seribu kisah cinta yang memotivasikan kita. Memetik kata-kata Hilal Asyraf “Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.
Posted by Wardah Maqsurah at 3:46 PM 0 comments
Labels: Cinta
Sunday, September 16, 2012
Serikandi Asiah
[Serikandi Asiah]
Ketika senja melabuhkan tirai,
Terasa sayu bila mengenangkan,
Mawar putih kini kian hilang seri,
Kerana al haya’ semakin rakus dikikis pergi.
Lalu ku tundukkan wajahku,
Mencari secebis kekuatan,
Buat menjadi peneguh imanku,
Di kala duri dunia semakin menekan.
Suatu ketika,
Allah ilhamkan padaku kisah seorang serikandi,
Yang langkahnya sopan penuh tertib,
Yang wajahnya halus cantik mempesona,
Yang cintanya kudus mendamaikan jiwa,
Itulah dia Asiah binti Muhazim.
Lembut bukan simbolik kelemahan,
Kerana di sebaliknya tersembunyi kekuatan,
Ketika risikan sang sultan menjengah kamar hati,
Diaju syarat demi iman yang disimpul mati.
Dirimu bunga bukan bunga biasa,
Tetapi bunga istimewa kebanggaan agama,
Cintamu bukan cinta biasa,
Tetapi cinta yang telah melunakkan hati Firaun untuk menerima,
Agar Musa selamat di pangkuanmu hingga dewasa.
Duhai serikandi Asiah,
Meskipun bersuamikan sang durjana,
Namun setiamu tak digugat olehnya,
Kerana islammu bukan hanya pada nama,
Tapi terikat di lubuk hati tanpa tanda tanya.
Duhai sahabat muslimah yang ku cintai,
Kembalilah meraikan fitrahmu ,
Kembalilah mengangkat martabatmu,
Ke puncak yang tertinggi.
Doaku,
Semoga Allah pertemukan kita lagi di syurga,
Berbahagia bersama serikandi dunia,
Abadi menjadi bidadari di sana,
Perkenankanlah ya Allah.
Amin :)
Posted by Lovely Islamic Heart at 5:51 PM 0 comments
Labels: Karya
Men Are From Mars, Women Are From Venus
Men become increasingly focused and withdrawn while women become increasingly overwhelmed and emotionally involved.
Venusians
Posted by Wardah Maqsurah at 8:38 AM 0 comments
Labels: Cinta Buku
Saturday, September 15, 2012
Terima Kasih Ya Allah :)
Posted by Wardah Maqsurah at 6:59 AM 0 comments
Labels: Coretan
Sunday, August 12, 2012
Macam-macam :)
Posted by Wardah Maqsurah at 10:50 AM 0 comments
Saturday, May 19, 2012
Sesuci bayi
Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
Posted by Wardah Maqsurah at 10:50 PM 0 comments
Labels: Tazkirah