Tuesday, August 14, 2018
Hangat..cinta mama
Posted by Wardah Maqsurah at 2:54 PM 0 comments
Labels: cahaya mata
Tuesday, July 10, 2018
Coretan Julai 2018
Anak-anak semuanya makin lasak. Tapi mama tak kisah. Mama syukur dan bangga anak-anak mama melasak. Lasak yang positif tanda akal mereka sedang berkembang. Banyak bertanya. Malah, menangis pun banyak kebaikannya jika mampu ditangani. Banyak yang perlu mama usahakan demi anak-anak tersayang. Makin anak besar, makin rasa berat amanah yang tergalas di bahu ini. Sampai mama pernah tanya ayah " Berdosa tak kalau seseorang tu rasa cukup dengan anak yang ada, sebab dia rasa berat dengan amanah tu. Dan berdosa tak kalau dia rasa takut tak dapat sediakan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dari segi kewangan.." Ayah kata tak pe asalkan jangan sampai marah dan nak gugurkan bila Allah dah rezekikan ada.
Ramadhan tahun ni alhamdulillah mama sihat dan tidak dalam keadaan mengandung. Rasa dapat lebih menikmati keindahan Ramadhan. Seronok dapat mencuba resipi- resipi baru sepanjang Ramadhan. Balik sekolah lebih awal, 5.30 dah balik. Jadi sempat memasak juadah berbuka. Sebulan berpuasa tak jejak kaki ke bazar Ramadhan. Makan apa yang ada. Sayur dengan ikan goreng pun dah cukup. Ramadhan kali ni memang berazam nak bersederhana. Berbuka dan bersahur ala kadar. Memang sangat bagus juga untuk kesihatan.
Alhamdulillah juga syukur pada Allah, 4 syawal menjengah lagi memberi tanda 5 tahun usia ikatan perkahwinan mama ayah. Hanya pada Allah kami mohon keberkatan dan keredhaan pada hubungan ini. Juga pada hubungan adik-kakak dan mama-anak ber5. Tiada yang sepi dari ujian dan cabaran, kerana seringkali juga tewas pada emosi dan nafsu. Semuanya moga dalam rahmat Allah selalu.
Posted by Wardah Maqsurah at 2:21 PM 0 comments
Labels: cahaya mata
Coretan pantang : bengkung moden atau tradisi?
* 7 bulan post ni diperam dalam archive, tak sempat baca balik sangat pun terus tekan button publish.. sorry atas kekurangan di mana-mana ya.
3 tahun berturut-turut berpantang, 'kawan baik' dalam pantang pastinya bengkung. Walaupun saya banyak baca cara berpantang doktor-doktor, tapi secara peribadi saya suka je berpantang. Tak rugi manfaatkan masa pantang untuk 'memanjakan' diri setelah kepenatan yang kita lalui. Lagipun kata orang badan nak pakai lama. Sebab nak pakai lama tu la kena cari ilmu pantang, bukan sekadar ikut-ikutan. Setakat ni saya rasa termasuk dalam orang yang mengamalkan pantang. Malah untuk kelahiran kali ke3 ni, rutin pagi bersauna, mandi herba, lulur, tangas, mengurut dan bertungku. Rajin? Sebenarnya direzekikan untuk ambil CL kali ni. Sebenarnya semua ni rezeki, ada orang mungkin tak rajin atau tak sempat berpantang sebab ada kekangan tapi tetap sihat sampai ke tua. Ada orang berpantang, tapi sampai masanya tetap juga sakit sana sini. Atau ada orang yang dengan asbab pantang, dia tetap kuat dan sihat. Apapun, kita ikhtiarlah mana yang mampu, kan?
Saya sendiri secara peribadi cuba ikhtiar apa yang termampu untuk hadapi tempoh 44 hari ni. Rancang apa yang perlu agar tak menyusahkan dan merisaukan orang sekeliling. Syukur alhamdulillah suami sangat memahami. Dari awal saya maklumkan, azam saya berpantang kali ini nak berpantang dengan tenang dan happy. Apapun, sebagai isteri, tetap sangat hargai nasihat-nasihat suami tanda ambil berat. Seronok sebenarnya bila suami berikan nasihat apabila tengok isteri tak berapa ambil berat tentang diri sendiri masa berpantang.
Dan bila sesiapa sekalipun menasihati, hargailah kerana itu tanda rasa kasih dan ambil berat mereka pada diri kita.
Posted by Wardah Maqsurah at 2:12 PM 0 comments
Thursday, January 11, 2018
Selamat datang, Afiya Ahda
Semuanya Allah permudahkan. Petang tu, ummi dan kakak-kakak abang datang ziarah mama dan baby. Alhamdulillah, keluarga besar kami dah bertambah besar. Moga Allah bantu kami memelihara amanah ini semuanya.
Posted by Wardah Maqsurah at 10:41 AM 1 comments
Tuesday, October 31, 2017
Diari mama ; Ayyash demam 😌
30 Oktober 2017
Mama teringin nak menulis diari utk dibaca anak lelaki mama bila besar nanti.
Mama balik sekolah jam 6.10 petang, tak ada suara yg menyambut. Biasanya ‘ yeayyy mama dah balik’ pastu dengar orang naik tangga ke ruang tamu. Kita pun berpelukan macam orang lama tak jumpa. Hehe
Mama jarang-jarang sangat belikan mainan sebenarnya tp petang tu mama tergerak hati nak beli. Mama memang excited nak bagi pada awak tau.
Mama turun bawah ke bilik helper. Tengok awak tengah tidur. Mama kejutkan awak. Terkejut sangat rasa badan sangat-sangat panas. Mama gosok2 badan awak kejutkan tunjuk mainan. Awak langsung tak excited. Mata susah nak buka. Helper kata sejak tengahari awak tidur. Tak makan dan tak minum. Memang tak pernah awak demam macam tu.
Allah.. risau mama tak tahu nak cerita.
Sebelum ni awak demam, mama memang tak risau sgt sbb awak biasanya tetap aktif, tetap nak makan minum walau badan panas. Jarang mama bawa ke klinik, sehari dua lepas makan ubat, awak okay.
6.10-8.30 malam awak just terbaring. Suara tak keluar. Mama bukak tv, tp awak suruh tutup. ‘ mama tutup la tv, abang sakit’. Allahu. Badan makin panas.
Mama tak boleh tahan lg. Mama bersiap. Dukung awak ke klinik. Sepanjang di klinik mama dukung dengan perut mama sendiri yg dah boyot.. awak muntah-muntah atas lantai klinik.
Allah.. mama mmg rasa tak kuat. Mama call ciktok.. sayu bila ciktok kata, kalau ciktok dekat, ciktok pasti akan datang tengok kita. Keluarga kita di setiu semua risaukan kita. Mama memang tak dapat bendung air mata lagi. Mama dah tak fikir diri sendiri lg. Mama cuma fikir awak, syg.
Sebab awak tak pernah demam panas sangat sampai badan lembik terketar-ketar dan mata pun tak mampu buka. Mama jadi takut.
Doc masukkan ubat punggung. Doc agak risau sebab awak tak aktif dan tak makan minum...hampir doc nk minta refer ke hospital.
Tadaaaaa, ajaib lepas 15min masuk ubat punggung, demam awak dah berkurang sikit. Awak tiba-tiba dah nak main dan nak makan minum. Hehe mama lega yang teramat.
Walaupun malam awak masih terjaga-jaga tak selesa dan awak masih demam hingga keesokannya tapi at least mama tengok senyuman awak. Awak tak ada la lesu sampai mata pun tak mampu buka. Awak nak main, awak nak makan. Mama tahu awak okay.
Kita akan berjuang sama-sama ye syg. Tolong jangan mengalah, walau awak masih kecil, mama cuma ada awak untuk temani mama. Jangan buat mama risau lagi ye syg.
Anak-anak mama semuanya, terima kasih sebab kuat sejak pertama kali celik mata tengok dunia dengan mama. Kalian anak-anak hebat. Hebat di hati mama.. ♥️
Coretan mama,
6.52 pg.
30 weeks pregnant
31 Okt 2017
Posted by Wardah Maqsurah at 7:10 AM 0 comments
Wednesday, September 20, 2017
Yang dinanti :)
Doakan agar dipermudahkan dan dikurniakan kebaikan untuk cahaya mata ke-8 keluarga kami ini. Ameen ya Robb.
Posted by Wardah Maqsurah at 4:18 PM 0 comments
Labels: cahaya mata, Ibu
Friday, August 11, 2017
4 years and still counting
Lamanya tak menconteng kat blog kesayangan hamba ni. Ada je ni, buat-buat sibuk dengan kehidupan seharian. Alhamdulillah atas nikmat kesibukan yang menjadikan setiap hari lebih bermakna dan berbaloi untuk dilalui. Terima Kasih ya ALLAH.
Posted by Wardah Maqsurah at 5:12 PM 0 comments
Labels: poligami























