Remajaku,
Indah berharga, nilaian dirimu,
Manis menawan, cantik wajahmu,
Punyai tarikan walau tanpa sedarmu.
Ku insafi,
Dalam fatrah serba mencabar,
Dirimu teruji antara dua cinta,
Antara dia dan juga Dia,
Antara desakan hati dan juga tuntunan wahyuNya.
Remaja kecintaanku,
Jangan salah memilih,
Jangan salah melangkah,
Jangan turutkan rasa semata,
Kelak sesal resah tak sudah.
Remajaku,
Cinta dia datang dan pergi,
Tapi cintaNya abadi selamanya,
Cinta dia boleh mengkhayalkanmu,
Tapi cintaNya boleh membawamu ke syurga.
Letakkan cintaNya biar jadi yang pertama,
Pasti akan ada cinta dia dengan izinNya.
Remajaku,
Ayuh perkemaskan benteng dirimu,
Suburi hati dengan baja keimanan,
Sirami jiwa dengan basah zikrullah,
Pegang erat cintaNya biar menjadi raja di sanubari.
"Ya Allah, jagalah remajaku, limpahi kasih sayangMu pada mereka. Peliharakanlah cinta mereka biar suci terjaga. Tuntuni mereka biar kekal istiqamah di jalanMu."
Allahumma ameen
[aisyahumaira0803.blogspot.com]
161013 @ baiti jannati
Wednesday, October 16, 2013
Titipan buatmu remaja :)
Posted by Wardah Maqsurah at 10:58 PM 0 comments
Labels: Cinta
Friday, March 29, 2013
Lirik This Worldly Life (Dunya) - Maher Zain -
How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh
This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it's taking me back to You
This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh
This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
Posted by Wardah Maqsurah at 7:06 PM 0 comments
Labels: Lirik
Sunday, January 27, 2013
Ulama' Pewaris Nabi
Posted by Wardah Maqsurah at 9:33 PM 0 comments
Friday, January 25, 2013
Konvensyen Fiqh Wanita & Islam 2013
Hari pertama pembentangan pertama dimulakan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman dengan tajuk Wanita Solehah Pendamai Dunia. Antara point adalah perbezaan layanan dan tanggapan terhadap wanita semasa zaman jahiliyah dan setelah kedatangan Islam. Wanita akan dihalau keluar daripada rumah apabila haid, tidak layak mendapat perwarisan, tidak layak memberi pandangan, malah wanita boleh diperduakan tanpa sebarang tanggungjawab dan ikatan. Namun setelah datangnya Islam, wanita dijadikan persis mutiara, dimuliakan dan diletakkan di tempat yang selayaknya. Subhanallah, beruntungnya bergelar wanita muslimah. Seterusnya bagaimana ciri-ciri seorang wanita yang layak digelar solehah. Tanggungjawab pada suami, anak-anak, kejiranan, kerjaya, tempat kerja dan masyarakat. Tertarik juga mengenai solehah seorang wanita pada kejiranan, iaitu apabila kehadirannya disenangi oleh masyarakat, untuk membantu menyelesaikan masalah dan sentiasa menjaga diri daripada perbuatan yang tidak elok. Kita? Agak-agak orang suka atau tidak dengan kehadiran kita di kawasan kejiranan kita :)
Seterusnya sidang panel pertama tentang Kedudukan Wanita dalam Islam : Antara Liberal & Ekstrim, oleh Dr Mohd Sukki Othman dan Dr Zahazan Mohamed. Antara yang diceritakan juga adalah tentang bagaimana kedudukan wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam.
Selepas sesi soal jawab pembentangan dan sidang panel (yang menggunakan sistem SMS) adalah slot istimewa bersama pelakon Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi. Terharu melihat bagaimana Oki memulakan hijrah untuk berhijab yang datang daripada keinginan sendiri bukannya dipaksa. Berbeza dengan kita yang sedari kecil disuruh untuk berhijab, apatah lagi orang di sekeliling kita juga berhijab, pastinya bukan sesuatu yang sukar untuk kita lakukan.
Waktu rehat, orang ramai mula membanjiri surau. Fuh, memang ramai dan suraunya tidak mampu untuk menampung jumlah peserta yang ramai. Sehingga ada yang solat di atas rumput. Pemandangan yang sangat menyentuh jiwa. Alhamdulillah, mujur saya dan kawan-kawan telah mengambil inisiatif untuk berwudhu' lebih awal sebelum masuk waktu, kalau tidak jenuh juga hendak beratur panjang :)
Pembentangan kedua dimulakan oleh Prof Dr Muhaya yang very inspiring! Dengan tajuk Rumahtangga dan Kerjaya : Celik Mata & Hati. Pesan Prof, tamaklah dalam dua perkara iaitu keampunan Allah dan mencari ilmu. Jika kita mencari syurga akhirat insya Allah syurga dunia pasti dalam genggaman. Fikiran yang positif akan menghasilkan emosi yang positif. Emosi yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif. Tindakan yang positif akan melahirkan dunia luar yang positif juga. Subhanallah, let's be positif dear. Oh ye, satu lagi pesanan berharga daripada Prof, janganlah mencari kebahagiaan dalam rumahtangga tetapi bawalah kebahagiaan itu ke dalam rumahtangga yang ingin dibina. :)
Sidang panel kedua diteruskan dengan tajuk Wanita Jangan Teraniaya : Celik Undang-Undang Keluarga oleh Dr Mohd Naim Hj Mokhtar. Alamak, tajuk undang-undang, memang agak menguji iman apatah lagi di waktu yang sangat 'ideal'. Tapi apapun, carilah ilmu, supaya kita tidak teraniaya.Antara penganiayaan yang biasa berlaku ke atas wanita adalah fizikal, psikologi, seksual, sosial dan kewangan. Saya pernah juga punya pengalaman ditanya dan mendengar wanita mengadu mengenai layanan tidak baik suami mereka. Hanya mampu mendengar almaklumlah belum bersuami, bimbang juga hanya tahu bercakap tapi tak merasa. Tapi punca utama, pastinya kerana kurangnya ilmu dalam bidang undang-undang Islam ini sendiri. Seterusnya adalah Pengamatan Prinsip dan Disiplin Kewanitaan Dalam Surah An Nur oleh Dr Sofiah Samsudin.
Semasa sesi soal jawab pembentangan dan sidang panel, kami terpaksa keluar awal memandangkan ada urusan yang perlu diselesaikan di kampus. Tapi alhamdulillah, kami pulang dengan perasaan " Tak sabarnya tunggu esok!"
Manusia merancang tetapi perancangan Allah pastinya yang terbaik, rupanya ada mesyuarat perlu dihadiri sekitar jam 9-11pagi. Dengan berat hati terpaksa meninggalkan dewan semasa sesi bersama isteri para asatizah MURSHID. Sempat juga mendengar perkongsian daripada Ustazah Noraslina Jusin, Dr Nazhatul Muna dan Zawjah Ustaz Zamri (alamak, terlupa namanya). Ustazah Noraslina Jusin @ K.Ina berkongsi mengenai alhamdulillah, kesyukuran yang perlu sentiasa kita ucapkan atas segala nikmat yang telah diberikan. K.Muna pula berpesan untuk para isteri " Jadilah best friend kepada suami anda" :).
Dan terlepas part yang ditunggu-tunggu iaitu slot bersama Ustazah Norhafizah Musa mengenai kesaksamaan gender. Dan terlepas juga slot bersama Ustaz Hasrizal ( serikandi sahabat) dan Ustaz Pahrol Juoi ( bukan sekadar aku terima nikahnya) . Sayangnya. Tetapi, belajar untuk positif dan redha :).
Semasa sesi bersama Dr Harlina Siraj dengan tajuk Sihat Diri Keluarga, beliau banyak menekankan aspek kesihatan holistik iaitu menyeluruh. Kesihatan daripada segi emosi, mental, fizikal, spiritual dan reproduksi. Selain penekanan daripada segi kerohanian, beliau juga membentangkan penyakit fizikal yang biasa dihadapi oleh wanita. Seram sejuk juga melihat gambar-gambar pesakit barah yang ditunjukkan. Besarnya ujian yang Allah berikan kepada mereka, jika mereka redha pastinya syurga adalah ganjaran yang menanti.
Seterusnya setelah selesai sesi sidang panel ke-3, adalah slot yang agak sensitif. Forum Monogami & Poligami : Antara Kemahuan, Keperluan dan Sunnah. Panelnya adalah Ustazah Fatimah Syarha, Kapten Hafiz Firdaus dan Ustaz Khairuddin Aman Razali. Saya sudah biasa mengikuti perkembangan Ustazah Fatimah Syarha, malah memiliki kebanyakan daripada buku-bukunya, biasa juga membaca blog zawjah Kapten Hafiz Firdaus dan pernah mengikuti pengajian Fiqh Manhaji bersama Ustaz Khairuddin di Darul Fuqaha' pada tahun lepas. Dan moderatornya kakak yang baik, aktivis Ameerah yang aktif, kak Nurul. Subhanallah, saya sangat menghormati mereka semua sebagai murabbi. Meskipun kelihatannya seperti antara mereka memiliki sedikit perbezaan pandangan, namun ia adalah sebuah forum ilmiah, bukan debat untuk menentukan siapa menang, siapa kalah. Bukanlah Islam itu agama yang indah dan penuh toleransi? :)
Alhamdulillah, selesai k-fiqh Wanita & Islam 2013. Sesungguhnya ini hanyalah sebuah perkongsian biasa daripada insan dhaif ini. Semoga ada manfaatnya buat yang membaca, menulis sekadar mampu untuk membenihkan saham akhirat.
p/s : Esok insya Allah akan ke KUIS untuk Rally Tarbawi :)
Posted by Wardah Maqsurah at 4:09 PM 0 comments
Saturday, January 19, 2013
Sebuah kehidupan :)
(HR. Bukhari)
Ahlan Wasahlan 2013, semoga limpahan kasih sayangNya sentiasa bersama kita semua :)
Posted by Wardah Maqsurah at 10:08 PM 0 comments
Tuesday, December 4, 2012
(BICARA SELEBRITI) Puisi Ustaz Azhar Idrus : Maafkan Kami
http://www.youtube.com/watch?v=v5m7b7uFlyk&feature=youtu.be
Posted by Wardah Maqsurah at 7:30 AM 0 comments
Monday, November 19, 2012
Nasihat yang menggetarkan hati..
Posted by Wardah Maqsurah at 7:36 AM 0 comments
Labels: Nasihat






