“ Tadi abang sempat membuka tingkap bilik
belakang, kuat betul anginnya.” Suami memulakan perbualan. Ketika itu kami
sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang, untuk kembali ke Kuala Lumpur
setelah pulang ke kampung. Saya mengangguk mengiyakan sambil mata masih ralit
menikmati pemandangan tanah terancang yang terletak di kiri kanan jalan.
“ Abang tengok pokok-pokok bergoyang dihembus
angin. Lama abang merenung. Daun-daun pokok tu dapat diibaratkan seperti
manusia.” Suami menyambung. Saya mengalihkan pandangan kepada suami. Saya
semakin berminat dengan analogi yang sedang diceritakan. Terbayang pula tingkap
bilik belakang di rumah ayah bonda dengan pemandangan pokok-pokok yang tinggi
dan merimbun.
“ Daun-daun tua seperti manusia yang semakin
berusia, tidak lagi kuat. Akhirnya berguguran ditiup angin. Daun-daun muda
pula, hampir tidak ada yang sempurna daunnya. Walaupun masih muda dan kuat.
Barangkali seperti manusia, walaupun muda namun penuh dengan kekurangan di
sana-sini, kurang fizikal dan rohani.” Saya menumpukan perhatian kepada setiap
kata-kata suami yang masih sedang memandu.
“ Daun-daun muda itu pula, suatu masa akan
beransur tua. Dan akhirnya tetap akan keguguran.. Malah ada juga yang gugur
sebelum menginjak usia tua” saya menyambung bicara.
Makna sebuah kehidupan
Alam adalah ladang subur yang mendidik diri.
Padanya, pelbagai hikmah yang boleh dihayati buat diri yang ingin berfikir.
àMÎ6/Zãƒ
/ä3s9
ÏmÎ/
tíö‘¨“9$#
šcqçG÷ƒ¨“9$#ur
Ÿ@‹Ï‚¨Z9$#ur
|=»uZôãF{$#ur
`ÏBur
Èe@à2
ÏNºtyJ¨V9$#
3
¨bÎ)
’Îû
šÏ9ºsŒ
ZptƒUy
5Qöqs)Ïj9
šcrã¤6xÿtGtƒ
ÇÊÊÈ
11. ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu
tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga
dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
Kehidupan terlalu besar dan luas definisinya.
Yang kaya, yang miskin, yang besar, yang kecil, semuanya mendefinisi kehidupan
daripada apa yang dilalui dalam tempoh kehidupan mereka. Kehidupan adalah
perjalanan. Kesenangan dan kesukaran, setiap satunya adalah persediaan menuju
Tuhan.
Sudah menjadi hukum alam, yang kecil akan
menjadi dewasa, yang dewasa akan beransur tua, dan yang tua akhirnya akan pergi
meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Dan keseronokan dunia yang
dibangga-bangga akhirnya akan ditinggalkan tanpa sedikit sisa. Kesakitan,
kebahagiaan, kekayaan dan segala bentuk ujian yang bertamu semasa masih ada
usia, semuanya akan dipersoalkan di sana kelak. Saya merenungi lagi ayat-ayat
cintaNya.
$yJ¯RÎ)
ã@sWtB
Ío4qu‹ysø9$#
$u‹÷R‘‰9$#
>ä!$yJx.
çm»uZø9t“Rr&
z`ÏB
Ïä!$yJ¡¡9$#
xÝn=tG÷z$$sù
¾ÏmÎ/
ßN$t6tR
ÇÚö‘F{$#
$£JÏB
ã@ä.ù'tƒ
â¨$¨Z9$#
ÞO»yè÷RF{$#ur
#Ó¨Lym
!#sŒÎ)
ÏNx‹s{r&
ÞÚö‘F{$#
$ygsùã÷zã—
ôMoYƒ¨—$#ur
Æsßur
!$ygè=÷dr&
öNåk¨Xr&
šcrâ‘ω»s%
!$pköŽn=tæ
!$yg9s?r&
$tRâöDr&
¸xø‹s9
÷rr&
#Y‘$pktX
$yg»uZù=yèyfsù
#Y‰ŠÅÁym
br(x.
öN©9
šÆøós?
ħøBF{$$Î/
4
y7Ï9ºx‹x.
ã@Å_ÁxÿçR
ÏM»tƒFy$#
5Qöqs)Ï9
tbrã¤6xÿtGtƒ
ÇËÍÈ
24. Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air
hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah Dengan suburnya)
tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang
- bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) Dengan sebab air
itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna Dengan keindahannya dan berhias
(dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa
mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya)
datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada
siang hari lalu Kami jadikan Dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum
itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi
kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
Untuk menghargai setiap nafas yang dihela,
terlalu banyak yang perlu dipertanggungjawabkan. Walaupun masih muda, ataupun
sudah tua, adalah sesuatu yang merugikan untuk membiarkan masa yang berlalu
begitu sahaja tanpa usaha untuk menambahbaik kualiti kehidupan. Sama-sama kita
melatih diri untuk menguruskan cabaran kerana setiap cabaran adalah sisi yang
akan mematangkan walaupun ianya adalah sesuatu yang sukar untuk didepani. Saya
percaya, setiap kesilapan adalah pengajaran. Ada benarnya sebaris kata-kata
yang pernah saya dengari “ If you’re not making mistakes,then you’re not doing
anything”.
Merenung sisi cabaran yang dilalui oleh baginda
Rasulullah SAW dan para sahabat r.a, ternyata mereka sanggup berkorban apa
sahaja biarpun nyawa menjadi ganti. Kita semua tahu kisah hijrah baginda ke
Thaif. Ketika baginda Nabi Muhammad SAW ingin meninggalkan bumi
Tha'if, para musyrikin berbaris di tengah jalan, mengambil batu, lalu
melemparkan batu kea rah baginda. Semasa baginda melangkahkan kakinya,batu-batu
itu mengenai semua tubuh beliau sehingga luka berdarah, dan sambil mereka
melempar, mereka mengejek dan mencaci. Setelah bebas dari perbuatan suku kaum
Tsaqif itu, baginda terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ.
Beliau berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirehat dan membersihkan
darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh
pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Tha'if itu. Subhanallah, dalam menahan
kesakitan pada seluruh badan, hati masih sangat bimbangkan ummatnya.
Saya teringat pula kisah seorang serikandi
bernama Sumaiyah yang diseksa di bawah panas terik matahari dengan pakaian besi,
namun keimanan tak tergugat walau seinci. Sungguh terlalu besar cabaran yang
perlu didepani oleh mereka dalam usaha menggapai cinta Ilahi. Terasa diri ini
sungguh kerdil dan lemah.
Menyebut kembali kata-kata Imam Hasan Al-Basri, dunia ini
hanya ada tiga hari. Hari kelmarin yang sudah berlalu dan kita tidak mampu lagi
untuk mengubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita
akan masih memiliki kesempatan berada di dalamnya. Dan hari ini, adalah kesempatan
untuk kita melakukan amal soleh. Justeru, manfaatkan hari ini yang sedang
dilalui sebaiknya kerana kita tidak pernah tahu apakah masih ada esok untuk
dilalui.
Memang sukar menebak apa yang terbaik,
Memang mustahil meneka semua perkara esok,
Namun apa yang tidak mustahil,
Adalah untuk menjadi insan yang percaya,
Bahawa Tuhan itu Ada,
Dan Dia sungguh Maha Saksama.
Nescaya
Tenanglah jiwa
Lerailah kekusutan
Lapanglah pengertian
Pada sebuah kehidupan
Kerana...
Kita tidak membuat kerja Tuhan.
Memang mustahil meneka semua perkara esok,
Namun apa yang tidak mustahil,
Adalah untuk menjadi insan yang percaya,
Bahawa Tuhan itu Ada,
Dan Dia sungguh Maha Saksama.
Nescaya
Tenanglah jiwa
Lerailah kekusutan
Lapanglah pengertian
Pada sebuah kehidupan
Kerana...
Kita tidak membuat kerja Tuhan.
0 comments:
Post a Comment