Wednesday, May 15, 2019

OYO apps, Expressionz Suites KL, hari lahir! Pengalaman baru.

*throwback.

Syukur Allah masih beri peluang dan nikmat yang banyak.

Tak mampu terhitung oleh hamba yang kerdil ini.

Jika ada keluh kesah lagi, tiada lain hanya kerana tahap keimanan yang menjadi punca. Allah.. ampunkan hambaMu ini!

Teringin hendak mencoret sesuatu tentang hari lahir tempohari.

Hari lahir tahun ini - menginjak ke usia **. Hehe. 

Sebulan sebelum 8 Mac 2019, saya menerima hadiah daripada apps 'OYO' homes hasil dari 'rajin' refer orang untuk donwload kan apps mereka. Dapat pilih mana-mana tempat penginapan dengan percuma. Akhirnya saya memilih Expressions Suites dan tarikh mestilah di hari lahir. Belanja diri sendiri dengan percuma. 

Dan memang tak salah lagi , Expressionz Suites memang tempat penginapan terbaik dan kami semuua sangat berpuas hati. Bilik sangat moden dan cantik, kemudahan kolam renang di dua tingkat dan ada yang mesra kanak-kanak. Banyak pemandangan cantik juga termasuk pemandangan KLCC. Secara peribadi, saya rasakan bawa anak ke tempat sebegini, dekat dan tidak memerlukan banyak belanja sudah cukup buat mereka gembira. Apa yang penting adalah untuk mencipta memori bersama, bukan semestinya pada tempat mewah.

Kami check-in suites pada jam 2 petang. Kali ni saya bawa bersama dua anak saudara Izzah dan Dania. Mereka ni memang cekap mengasuh. Hehe bayangkan sepanjang kat sana ada la 4-5x ulang turun mandi kolam. Rajin sangat melayan anak ber-3 mama. Moga Allah berkati kebaikan dan kerajinan mereka selalu.

Selepas asar baru ayah menyertai kami dan malam tu kami bergegas ke Tamu Hotel Suites untuk meeting dan makan malam sementera kakak-kakak menguruskan anak-anak di Expressionz Suites. Cuma untuk makan, untung ada grab food dan food panda. Sebab makanan di sini memang mahal :D














Ni round 1


Terima kasih sebab surprisekan su a dengan kek!


Masa untuk mandi!


Salah satu tempat, ada banyak lagi yang kami tak sempat explore.




Kenit Afiya ni la paling kuat nangis bila nak ajak naik




Kakak Dania sempat posing. Cantik sangat tempat ni.

Ini di tempat lain, Tamu Hotel Sky Lounge


Makan malam di Tamu Hotel

Lepas pulang, mama ada bercerita dengan kawan-kawan. Bila mereka minta tengokkan harga, terkejut sebab ada yang cecah hampir 1k untuk 1 malam!

Mahalnya.

Tapi ada hari-hari biasa yang berpatutan harganya. Apapun alhamdulillah rezeki sangat dapat menginap dengan percuma.

Mama beritahu pada anak-anak " Abang, kakak dan Afiya kena cakap alhamdulillah, sebab bila kita bersyukur, Allah pasti akan tambah lagi nikmat dan kebaikan untuk kita.."

Aameen...:)

Ummu 'Ayyash
15052019

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat