Sunday, January 27, 2013

Ulama' Pewaris Nabi

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat pagi tadi sempat berusrah bersama sahabat-sahabat yang solehah. Mendengar banyak perkongsian yang superb dan awesome. Antaranya adalah mengenai seorang guard wanita kampus kami yang baru sahaja memeluk Islam. Semoga ditetapkan hatinya untuk terus mendalami agama fitrah ini.

Dan malam ni terasa ingin share mengenai satu kisah seorang insan yang dekat dengan kita di bumi Malaysia yang bertuah ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaris nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kata seorang sahabat,suatu ketika dahulu seorang temannya berziarah dan menumpang tidur di rumah kediaman Menteri Besar Kelantan itu. Pada suatu malam, Tuan Guru baru sahaja pulang sekitar jam 1.30 pagi. Ketika temannya terjaga daripada tidur sekitar jam 3 pagi, dia mendengar Tuan Guru sedang bertasbih. Subhanallah, betapa Tuan Guru sangat menjaga hubungannya dengan Allah.

Teringat pula ketika saya bersama 5 orang anak saudara berziarah ke Kelantan cuti baru-baru ini. Usai sahaja berjalan-jalan ke sekitar bumi Serambi Makkah itu termasuklah Istana Kelantan, kami sempat singgah ke Masjid Tok Guru, bersebelahan sahaja dengan rumah Tuan Guru Nik Aziz. Melihat rumah tanpa pagar, tanpa kawalan ketat, malah sesiapa sahaja boleh hadir berziarah ke rumah beliau. Teringin untuk berjumpa zawjah Tuan Guru. Namun, memandangkan hampir masuk waktu maghrib, maka kami memutuskan untuk tidak mengganggu Tuan Guru dan isteri. Walaupun ketika itu beliau tidak sihat, namun beliau masih berjalan keluar daripada rumahnya menuju ke masjid. Subhanallah, hati rasa tersentuh melihat susuk tubuh yang berjasa itu. Seorang insan 'alim yang mewaqafkan dirinya untuk perjuangan Islam. Semoga syurga menjadi kediaman akhirnya di sana nanti. Amin.

Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.

- Umar ibni Abd al-Aziz.


0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat