“Assalamualaikum, K. Teh. Amni dan Izzah sihat? Adik mimpikan mereka tadi. Rindu
kot lama tak berjumpa…” tulis saya di ruangan whatsapp kepada kakanda
nun jauh di kampung mengenai anak-anaknya. Rindu sehingga terbawa-bawa ke
mimpi.
“ Semalam baru hantar mereka berdua ke asrama. Hmm, Alhamdulillah, bahagia bila teringatkan mereka berdua…” balas kakak saya. Ada nada sayu dan syukur yang dapat saya rasai daripada balasannya.
“ Semalam baru hantar mereka berdua ke asrama. Hmm, Alhamdulillah, bahagia bila teringatkan mereka berdua…” balas kakak saya. Ada nada sayu dan syukur yang dapat saya rasai daripada balasannya.
“
Alhamdulillah, adik pun rasa K. Teh sangat bertuah dikurniakan dua anak dara
seperti Amni dan Izzah…” saya membalas ringkas, sebelum menghentikan perbualan.
Sejenak,
saya terkenang dua anak saudara yang dikasihi itu. Amni sudah menjejak
tingkatan 3 dan Izzah di tingkatan 1. Syukur pada Allah, kedua-duanya terpilih
ke Sekolah Menengah Imtiaz, masing-masing di Kuala Terengganu dan Besut,
setelah melalui pelbagai ujian dan tapisan kerana terlalu banyak permohonan
untuk memasuki sekolah sains hafazan itu.
Dalam
usia yang masih muda semenjak sekolah rendah, kedua-duanya sungguh rajin
membantu. Masih saya ingat pujian bonda merangkap nenek mereka. “ Kalau Izzah
ada, selamatlah ayam di sinki, semua selesai dibersihkan sehingga disimpan di
dalam peti. Amni pula, tak henti membantu mengemas rumah, pantang betul dia
melihat rumah bersepah. Sehingga tak sedar kadang kala mainan adik-adiknya pun
tak diizinkan bersepah. Kena diingatkan supaya dibiarkan sahaja agar
adik-adiknya boleh bermain…” saya tersenyum. Benar sekali setiap kata-kata
bonda.
“
Su a, doakan Izzah. Hmm Izzah rasa sukar nak menghafal. Izzah rasa tak mampu…”
ada tangisan mengiringi luahannya kepada saya di melalui corong telefon awam di
sekolahnya semasa mula-mula memasuki alam sekolah menengah. Tekanan yang
mungkin tidak pernah dirasai semasa sekolah rendah.
“
Allah tahu Izzah mampu, sebab itu Izzah ada di sana. Sabar ye sayang. Setiap
rasa kesusahan Izzah, ada pahala yang sentiasa mengiringi. Itu yang lebih
penting. Dulu kan, Izzah yang bersungguh ingin belajar di Imtiaz, seperti Su a dan kakak Amni? Lagipun, Izzah boleh bincang dengan kakak Amni, dia kan sudah lama
mula menghafal…” saya memberi cadangan. Benarlah, tidak lama kemudian, dia
semakin ceria dan akhirnya semakin kuat menghadapi hari-hari dengan rutin yang
baru.
Saya
akui, dilahirkan menjadi anak bongsu, saya bukan seorang ‘rajin’ membantu di
rumah. Sementelah, saya memiliki 7 orang kakak perempuan yang rajin serba serbi. Maka
bertambah lagi kekaguman saya pada dua anak remaja ini, Amni dan Izzah. Mereka cukup
ringan tulang membantu, malah sangat mudah disuruh. Benarlah, barangkali di
situ ada keberkatan untuk pelajarannya jua. Meskipun saya maklum, kakak saya
tidaklah terlalu tegas dan cerewet dalam soal pembelajaran anak-anak.
“
Su a, nanti bawa balik tudung-tudung labuh yang su a dah tak pakai lagi ye. Kami
nak pakai. Kasihan Ummi nak beli banyak sangat.…” pesan mereka kepada saya
sewaktu pulang baru-baru ini. Allah, kian sayu hati ini sambil mengemaskan
beberapa helai tudung labuh ke dalam beg yang ingin dibawa pulang ke kampung.
Sekilas,
teringat pula anak-anak dara k. Ta, iaitu Dania (Tingkatan 1) dan Sufi (tahun
6). Adik-adik ramai yang masih kecil diuruskan dengan baik. Pampers dan susu
menjadi teman harian, membantu mama mereka. Sungguh, saya sendiri tak pernah
mampu menjadi seperti mereka di usia sementah itu. Saya tidak pasti, apakah
suasana yang mendesak mereka menjadi ‘rajin’ sebegitu, tetapi yang saya pasti,
mereka tahu hidup ini bukan hanya tempat bersenang lenang, tetapi saling
berkhidmat apatah lagi kepada ayah dan ibu tercinta.
Saya masih ingat sewaktu baru-baru ini membawa Amni, Izzah, Dania, Sufi dan beberapa lagi anak saudara yang masih kecil ke sebuah pasaraya, saya memberikan mereka kebebasan untuk mengambil apa sahaja keperluan asrama yang mereka mahukan, dan akhirnya saya sedar, tiada satu pun di tangan mereka!. Dan mereka menolak mengatakan tidak ingin menyusahkan saya. Seusia mereka sudah tahu budi, yang saya sendiri malu dengan diri ini. Balik ke rumah, saya menceritakan situasi itu kepada ibunya, dan benarlah mereka seringkali risau akan menyusahkan terutama melibatkan wang. " Kadang-kadang perlu ditanya, barulah diberitahu apa yang tidak cukup..." cerita kakak saya. Pernah sekali saya tanyakan " Amni nak handset Su a yang dah tak digunakan ni?" Dia pantas menggeleng sambil dijawab dengan suara rendah bimbang didengari umminya. " Ummi tak bagi.."
Lantas, membawa saya menyelusuri kisah dahulu sewaktu saya di asrama, seringkali tanpa segan meminta itu dan ini dengan ibu ayah untuk dibawa ke asrama.

Dan sedemikian ramai anak-anak saudara yang lain, tidak cukup untuk ditinta di dalam tulisan yang ringkas ini. Mereka yang kadangkala sering beralah antara satu sama lain, ketika 'berebut' makanan, mainan, jua giliran menggunakan komputer. Juga tak dilupakan, gaduh-gaduh manja tanda mereka masih anak kecil :D
Anak
itu benarlah adalah anugerah yang menyejukkan hati. Mereka tak punyai harta
berjuta, tapi dikurniakan anak yang nilaiannya jauh daripada sejuta. Mereka tak
hidup dalam kesenangan yang berlimpah, namun hati cukup senang dengan keluarga
yang sederhana.
Maklum
akan cabaran masa kini, saya diasak rasa yang bermacam. Apakah nanti, anak yang
bakal lahir ini mampu kudidik dengan baik? Saya terasa seakan lemah tak
berdaya. Takut dengan cabaran menjadi ibu. Bukan sekadar ibu, tetapi ibu yang
mendidik. Kerana setelah melihat para ibu ini berjuang, saya tahu ia tak pernah
mudah semudah melakar tulisan ini. Tetapi penuh dengan jerih payah dan tangisan
yang menemani. Sedari anak sekecil tapak tangan, sehingga akhirnya semakin mencecah usia dewasa, cukuplah hanya kepada Allah disandarkan kekuatan dan harapan.
Kalau
dulu, kebanyakan masa saya di rumah banyak dihabiskan bersama mereka dengan
pelbagai aktiviti bersama, kini setelah saya berkahwin, saya akui banyak yang
kian berubah. Masa dan jarak yang semakin mencemburui, apatah lagi
tanggungjawab yang sudah berbeza. Namun, doa dan ingatan untuk mereka tak
pernah terhenti, kerana mereka antara insan penting yang suatu ketika dahulu
cukup akrab dengan diri ini.
Allah,
sungguh saya rindu, pada wajah mulus mereka tersenyum. Serta bantuan demi
bantuan yang ditawarkan setiap kali pulang ke kampung. Juga saya rindu, akan santun
bicara mereka kepada ibu saudara bongsu ini.
Benar,
perjalanan masih jauh. Masih banyak yang belum teruji. Jua mungkin masih belum ‘bertemu’
sebenar-benar ‘wajah’ dunia yang akan menguji dan sukar difahami. Namun, bertahanlah kalian. Dunia ini
cukup sebentar, moga kesukaranmu menjadi asbab kunci pintu syurga. Allahumma amen.
120914
@ 8.19pm
0 comments:
Post a Comment