Bismillah
13 Mac 2016 selamat setahun si kecil bujang yang kini sudah besar di mata mama. Sudah faham banyak perkara, sudah boleh jadi teman suka duka. Terima kasih sayang. Tiba-tiba hari ini mama berhasrat nak berkongsi beberapa keping gambar kenangan, siapa tahu kalau mama tidak lama di sisimu, kasihku.
Bukan mudah membesarkanmu, hanya mama mampu memberikan apa yang terbaik semampu diri ini yang penuh kekurangan dan cetek pengalaman. Terkadang kita berdua, menempuh cabaran hidup kita tersendiri. 'Perit' dan manis untuk mama kenangi, semuanya memberi erti. Izinkan mama terus berjuang dan belajar untuk menjadi seorang ibu.
22 Jun 2016, genap setahun melunasi tugas sebagai seorang guru baru. Dengan pelbagai tugas yang tergalas di bahu. Hari-hari yang dilalui seakan sangat penuh dan 'berat', moga Allah mengampuni ruang-ruang lompong kekurangan yang tidak mampu ku isi dengan sempurna.
Ingin menulis, terlalu banyak yang tak terungkap. Biarpun semuanya masih terakam kemas dalam memori. Insha Allah, ada masa sambung lagi. Hehe.
Ummu 'Ayyash
Teratak cinta HM