Lamanya baru sempat nak menulis ye. Hampir lupa dah sebenarnya jadi mama akan banyak share gambar juga. Mama dah niat nak tuliskan pengalaman perjalanan ini untuk memori akan datang. Insha Allah.
Siapa tahu rezeki Allah nak bagi kan, mama pernah menyimpan angan-angan nak kembali lagi ke bumi Japan membawa keluarga merasai salji. Sebelum ni mama pernah ke Sapporo pada 2018 berdua je dengan ayah.
Suatu petang, ayah bawa balik berita tentang Tokyo Japan, terus mama bersetuju tanpa berfikir panjang. Peluang bukan selalu ada kan. Ayah mempelawa juga untuk bawa anak saudara mama untuk join percutian kami. Berganda rasanya keterujaan mama. The more the merrier.
Bermulalah mama menyusun itinerary. Memang jenis mama suka mencari dan menyusun program bercuti sendiri. Rasa lebih puas.
Malah tiket masuk dan sebagainya pun semua mama beli sendiri secara online. Jauh dapat jimat berbanding walk in. Tiket Japan rail pass, disneyland, teamlabs planet dan macam-macam lagi lah.
Excited usah cerita, memang lebih excited daripada pergi berdua dulu rupanya. Sebab kali ini bawa anak-anak dan anak4 saudara juga. Persiapan juga lebih banyak yang perlu dilakukan.
Masa beli tiket ni, eczema anak-anak memang tengah tak ok. Tapi kuasa Allah, sebelum ke sana sempat ikhtiar dan jumpa ubat yang sesuai. Eczema anak4 semuanya ok dan kesihatan kulit tiptop sepanjang di Japan. Alhamdulillah.
Mama mula buat persiapan yang sepatutnya, pakaian winter mama dan anak saudara cuma cari bundle di JJJ sahaja. Cantik-cantik rambang mata memilihnya. Harga murah RM20-RM40 sahaja. Cuma untuk anak4 semua beli baru di shopee sebab tak ada yang ok di kedai bundle. Tapi di shopee pun masih murah dan cantik lagi.
Dari awal dah mengemas, nampak tak excitednya tu. Hehe. Memang kaki berjalan kan mama ni.
Mama start dari day 1 ya.
DAY 1
Bangun subuh ni, mama sebenarnya tak ada risau apa sangat sebab semua barang dah selesai awal. Ayah pula ada meeting, mama dah risau juga la sebab nak ke KLIA tu bukan dekat, tapi ayah kata kena join juga meeting tu. Mama turutkan sahaja la kan, tak kan la nak bergaduh di hari bahagia haha. Mama pun suruh la anak saudara dan anak4 mama gerak ke airport lebih awal.
Nak dijadikan cerita , rupanya Japan mewajibkan 3 dos. Mama, Ayah & Dania baru 2 dos dan kena la buat test PCR segera. Mama dah mula rasa tak keruan dan takut terlepas flight. Ayah masih tenang dan tak bercakap banyak terus usahakan mencari tempat test.
Dipendekkan cerita (sebab mama malas nak mengenang bab tu banyak sangat, ayah dah pesan kata kenang je la banyak lagi yang best-best, huhu) , akhirnya kami sampai je Tokyo.
Aasim masa ni baru mula demam tapi dia banyak tidur. Dalam kapal terbang 7 jam pun dia cuma tidur sahaja. Mama masih memujuk hati akan hikmah semua ini.
Di Tokyo, mama tempah homestay. Malam yang pertama homestay di Matsudo Chiba dan yang hari seterusnya di Taito City. Sengaja tak nak hotel sebab nak semua depan mata satu tempat lebih senang. Kalau hotel kena berpecah bilik. Homestay alhamdulillah semua ok dan selesa. Lengkap semua dalam rumah siap ada dryer dan macam-macam lagi. Ada bilik tatami konsep Japan juga. Rumah 3 tingkat. Owner rumah pun sangat baik, datang bagi coklat dan aiskrim pada anak4 ( yg kami sedih terpaksa buang sebab ragu status halal..)
Hotel di KLIA tempat berehat sebelum berlepas |
Dapat jaket baru beli di airport |
Di Ueno Station |
Homestay Matsudo Chiba |
Cantik kan winter jacket shopee ni |
Homestay Matsudo Chiba |
Jalan-jalan bandar Tokyo |
Tatami Room |
DAY 2
Pagi di Tokyo penuh dengan program ayah di The Crest Hotel Kashiwa. Kami jalan-jalan area berdekatan sahaja. Menikmati cuaca sejuk. Memang seronok. Udara rasa segar.
Aasim pula masih demam tapi cuma lemah tak bermaya sahaja. Dia tak meragam langsung sampai kan mama risau dan sengaja buat dia menangis untuk memastikan dia ok. Kesian anak mama.. 🥲
Mama bersyukur anak4 mama semuanya baik dan mudah diurus di sepanjang perjalanan. Kalau kat Malaysia bawa berjalan, masing2 bermacam ragam . Tapi kat sana mereka semua enjoy dan kuat semangat. Sama banyak berjalan dengan kami sebab stroller cuma untuk Aasim seorang tapi tak merengek letih pun. Alhamdulillah banyak Allah bantu kami yang bermusafir dengan anak kecil.
Sepanjang di sini tak putus-putus komuniti sini hantar makanan ke homestay. Makanan kami bawa sampai tak habis. Mereka bawa makanan pakistan nasi beriani, ada juga capati, ada juga makanan arab. Selain makanan Japan. Memang murah rezeki makanan.
Homestay Taito City |
Homestay Taito City. Owner yang baik dan ramah |
DAY 3
Hari paling padat tapi paling dinanti-nantikan. Misi mencari salji bermula!
Kami bergerak ke Gala Yuzawa menaiki Shinkansen. Memang kami semua nak mencuba naik keretapi laju Japan ini. Kami menaiki train di Ueno Station ke Tokyo Station untuk menaiki Shinkansen ke Gala Yuzawa.
Sepanjang perjalanan masyaAllah indah sungguh pemandangan gunung dilitupi salji. Selepas 2 jam di dalam Shinkansen , akhirnya sampai ke Gala Yuzawa. Pengalaman salji pertama anak-anak. Mama rasa teruja sangat tengok mereka seronok. Sejuk nampaknya tak menjadi masalah untuk anak-anak ni.
Aasim masa ni kebah dan nampak makin ok. Mama sangat lega. Tak tahu la apa nk gambarkan bila anak lemah kan. Risau dan bermacam rasa bercampur. Tak henti-henti mama doakan supaya semuanya okay.
Di Gala Yuzawa ada banyak aktiviti salji. Salji di sini memang sangat tebal dan turun lebat. Rasa tak puas bermain walaupun dah agak lama di situ. Berendam dalam salji, berlari dan membaling salji. Anak2 memang hebat menahan sejuk, tak pakai gloves pun boleh main salji.
Semasa dalam bas daripada train station ke gala yuzawa snow park, pemandangan sangat cantik sampai kami plan nak cari van sewa area situ untuk jalan-jalan. Tapi tak jumpa pula van sewa. Terpaksa kami bergegas untuk balik dengan Shinkansen sebelum shinkansen terakhir.
Dalam Gondola untuk naik ke Gala Yuzawa |
Tengok dia berendam tu! |
DAY 4
Hari ke4 ni sewaktu kami ke train station untuk ke Team Labs Planet, Aasim mula menangis meragam. Kami pun tak jadi naik train, dan ayah bawa kami naik teksi sahaja.
Teksi bawa kami terus sampai ke Team Labs Planet. Mujur jugak ye Aasim meragam, dapat naik teksi , tak perlu penat jalan kaki cari train. Hehe.
Team Labs Planet ni memang menarik. Ada banyak bahagian. Tengok gambar sahaja ya. Mama tak pandai nak cerita. Ada yang bahagian kami kena lalu dalam kawasan kolam air dan ada cahaya berbentuk ikan dari dalam air. Anak-anak seronok sungguh.
Malamnya kami makan di Restoran Pakistan. Naik kereta yang dibawa oleh kawan ayah yang belanja di restoran berkenaan. Ayah sempat la meeting di restoran. Maklumlah trip kali ni bersekali dengan kerja ayah. Seronok la ayah tapi kami ni kadang terpaksa bersabar la waktu program ayah ye. 😅
Kenangan yang sukar dicipta di bumi Malaysia. Kami solat di mana-mana shj. |
Kenapa fresh milk di Japan rasa sedap dan fresh ye, maybe sebab cuaca sejuk. Oren yang ayah beli pun manis, 2 pack sekejap je habis. |
DAY 5
Day 5 ni sepatutnya kami ke Disneyland dari pagi. Habiskan sepenuh masa kat sana. Tiket pun dah ada. Tapi masing-masing belum nak move on dari keseronokan salji. Ayah pun belum selesai misi membuat video drone yang puas hati. Setelah berbincang, kami tukar itinerary untuk ke Yuzawa semula. Ayah pun cari mini coach / bas private untuk kami ke sana. Memang mahal tapi berbaloi sebab nak menikmati pemandangan.
Masa ni Dania dah mula demam, Amni pun sakit kepala. Aasim dah demam semula. Mujur dah nak balik ke Malaysia. Mama, ayah, anak3 , Auni , Sofea masih sihat alhamdulillah.
Kami bawa sekali luggage kali ini sebab akan terus ke disneyland dan juga airport.
Sampai di Echiga Yuzawa, kami berhenti di tempat-tempat menarik untuk bermain salji.
Kemudian kembali ke tokyo untuk ke disneyland.
Mini coach / bus |
Bye-bye bumi Tokyo. Terima kasih untuk memori indah sepanjang kami di sana. Cukup dah rasanya sudah 2x ke bumi Japan, ada rezeki mama nak ke tempat lain pula. Tapi sejujurnya, rasa macam belum puas main salji! 😄
Coretan mama
21 Jun 2023
💫