Saturday, September 15, 2012

Terima Kasih Ya Allah :)

Bismillahirahmanirahim...

Lama tidak mencoret sesuatu di sini...Siap privatekan blog lagi. Macam-macam yang membelenggu fikiran. Saya bukan baik sangat untuk tulis perkara baik-baik. Untuk berkongsi cerita bagus-bagus. Malu pun ada bila ada yang membaca. Rendah diri lagi.

Lalu semalam, Allah taqdirkan untuk saya bertemu dengan seseorang. Kata-katanya, walaupun ditujukan secara umum, tapi saya yang terasa. Kata-katanya lebih kurang begini. " Apa juga kemahiran yang adik-adik ada, gilap. Sumbangkan untuk Islam. Jika adik-adik pandai IT, boleh menulis, teruskan usaha untuk menyumbang pada Islam, pada siasah semasa, pada masyarakat. Yang penting, ada sumbangan adik-adik pada agama"

Saya berfikir lama. Mencari-cari kemahiran yang ada pada diri. Tidak ada barangkali. Tiba-tiba teringat pada blog yang sudah sekian lama di'private'kan. Bila buka blog, belek-belek entry lama. Saya kuatkan semangat untuk menulis sesuatu. Biar ada manfaat untuk Islam. 

Insya Allah.


Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan saya dengan seseorang yang telah membuka mata dan minda saya dalam banyak perkara.

Bismillah! :)

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat