Tuesday, July 10, 2018

Coretan Julai 2018

Afiya Ahda dah 7 bulan alhamdulillah! Syawal pun hampir melabuhkan tirai.

Mama baru log in blog :D

Syukur atas semuanya, masih bernyawa. Masih direzekikan dengan nikmat besar menjadi seorang hamba Allah yang beriman. 

Abdullah 'Ayyash dah berusia 3 tahun 4 bulan. Ayesha Ahla pula 1 tahun 10 bulan. Afiya Ahda dah sangat aktif, makin comel kini berusia 7 bulan. Masih fully breastfeed,  namun sejak 6 bulan sudah mula makan. Doakan Afiya diberi rezeki menyusu ibu hingga masanya yang terbaik. Doakan mama tabah ye!

Anak-anak semuanya makin lasak. Tapi mama tak kisah. Mama syukur dan bangga anak-anak mama melasak. Lasak yang positif tanda akal mereka sedang berkembang. Banyak bertanya. Malah, menangis pun banyak kebaikannya jika mampu ditangani. Banyak yang perlu mama usahakan demi anak-anak tersayang. Makin anak besar, makin rasa berat amanah yang tergalas di bahu ini. Sampai mama pernah tanya ayah " Berdosa tak kalau seseorang tu rasa cukup dengan anak yang ada, sebab dia rasa berat dengan amanah tu. Dan berdosa tak kalau dia rasa takut tak dapat sediakan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dari segi kewangan.." Ayah kata tak pe asalkan jangan sampai marah dan nak gugurkan bila Allah dah rezekikan ada.

Ramadhan tahun ni alhamdulillah mama sihat dan tidak dalam keadaan mengandung. Rasa dapat lebih menikmati keindahan Ramadhan. Seronok dapat mencuba resipi- resipi baru sepanjang Ramadhan. Balik sekolah lebih awal, 5.30 dah balik. Jadi sempat memasak juadah berbuka. Sebulan berpuasa tak jejak kaki ke bazar Ramadhan. Makan apa yang ada. Sayur dengan ikan goreng pun dah cukup. Ramadhan kali ni memang berazam nak bersederhana. Berbuka dan bersahur ala kadar. Memang sangat bagus juga untuk kesihatan.

Bercerita tentang raya pula, raya pertama tahun ni 2018 di Setiu Terengganu rumah tokki dan ciktok. Petang raya kedua pulang ke rumah atuk dan opah di Gedangsa. Alhamdulillah alhamdulillah untuk semuanya. Beraya dengan anak ber-8. Meriah dan jadi momen yang sangat bermakna. Cabaran ada di sana sini, biasalah beraya dengan anak kecil. Penat usah dicerita. Tapi tetap alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah juga syukur pada Allah, 4 syawal menjengah lagi memberi tanda 5 tahun usia ikatan perkahwinan mama ayah. Hanya pada Allah kami mohon keberkatan dan keredhaan pada hubungan ini. Juga pada hubungan adik-kakak dan mama-anak ber5. Tiada yang sepi dari ujian dan cabaran, kerana seringkali juga tewas pada emosi dan nafsu. Semuanya moga dalam rahmat Allah selalu.

Gambar banyak ada untuk 'bercerita' pada yang melihat, insha Allah nanti ada masa mama share di sini untuk kenangan akan datang. Gambar banyak dalam phone lagi.

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat