Sunday, September 16, 2012

Men Are From Mars, Women Are From Venus

Bismillahirahmanirahim...



Mesti ramai yang dah biasa dengan tajuk buku ni kan?

Last dulu saya baca novel english version ni masa sekolah menengah. Short story sebab nak exam :)

Alkisahnya, masa kat LCCT hari tu, saya dilanda kebosanan. Pusing-pusing akhirnya singgah kat kedai buku. Terjumpa buku ni. Teringat pula ramai juga yang mencadangkan untuk baca buku ni sebagai salah satu usaha memahami karakter lelaki dan perempuan. Walaupun John Gray ni non-muslim, tapi rasanya tak ada salahnya mengambil ilmu daripada bukunya memandangkan ia adalah sebuah hasil kajian dan bukan rekaan semata-mata. Ambil yang jernih buang yang keruh.

dan alhamdulillah, selamat menghabiskan buku ini di rumah.


"One of the biggest differences between men and women is how the cope with stress"

Mars

Men become increasingly focused and withdrawn while women become increasingly overwhelmed and emotionally involved.

Menurut kajian yang dibuat oleh penulis buku ini, saya dapat simpulkan, bila menghadapi tekanan, cara untuk menghadapinya adalah berbeza menurut gender. Lelaki akan lebih fokus kepada macam mana untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang dihadapi. Dan sebagai lelaki, kerapkali mereka akan lebih puas jika dapat menyelesaikan sesuatu tanpa bantuan contohnya jika sesat, mereka lebih puas jika mereka sendiri yang menemui jalan untuk ke destinasinya.

 " They (men) are always doing things to prove themselves and develop their power and skill". Achieving goals is very important to a martian (men) because it is a way for him to prove his competence and thus feel good about himself. (John Gray)

dan menawarkan bantuan kepada lelaki, tanpa alasan dan masa yang munasabah akan menyebabkan mereka merasakan bahawa mereka tidak mampu untuk melakukannya.

" To offer a man unsolicited advice is to presume that he doesn't know what to do or that he can't do it on her own" ( John Gray)

Apabila lelaki menghadapi sesuatu tekanan, segelintir akan memilih untuk masuk ke dalam "cave" mereka. Gua yang dimaksudkan adalah mereka akan diam dan berfikir. Berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

" They need to learn that no one is allowed in that cave, not even the man's bestfriends. They need to gradually to learn that if you just let men go into the caves, after a while they will come out and everything will be fine"

Tugas wanita? Faham, sabar dan doakan supaya mereka cepat bertemu dengan jawapannya :)

Venusians

Kita akui wanita banyak bermain dengan emosi dan perasaan. Kan? Justeru tak hairanlah, emosi dan perasaan inilah yang banyak menggerakkan wanita untuk berjaga malam demi anak-anak dan keluarga :).

"Venusians ( women) have different values. They value love, communication, beauty, and relationship. They spend a lot of time supporting, helping and nurturing one another." ( John Gray)

Kita tidak boleh lupa kisah agung Saidatina Khadijah yang solehah, yang tidak jemu menyokong, memujuk dan membelai Rasulullah SAW ketika baginda pulang daripada menerima wahyu di Gua Hira' dan sepanjang usaha dakwah baginda Rasulullah SAW. Saidatina Khadijah jauh suatu ketika masa dahulu telahpun menunjukkan teladan sifat seorang wanita yang bertaqwa.

Apabila menghadapi tekanan, wanita tidak cenderung untuk menyelesaikan masalah semata-mata sebaliknya cukup dengan sentuhan dan kata-kata perangsang yang dapat meredakannya. Soal masalah? Mungkin boleh diselesaikan selepas itu. 

Sekadar ini dahulu perkongsian daripada saya. Buku ini hanyalah sebuah karya ilmiah, bukan hujjah atau dalil. Ia adalah kajian pada segelintir manusia sahaja. Justeru terpulang pada penilaian masing-masing.

Walau apa pun, ingatlah firman Allah Taala :

Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan saling tolong-menolong menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran” 
(at-Taubah : 71) 

Wallahu'alam :)

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat