Thursday, September 1, 2016

IBRAH SEBATANG POKOK

“ Tadi abang sempat membuka tingkap bilik belakang, kuat betul anginnya.” Suami memulakan perbualan. Ketika itu kami sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang, untuk kembali ke Kuala Lumpur setelah pulang ke kampung. Saya mengangguk mengiyakan sambil mata masih ralit menikmati pemandangan tanah terancang yang terletak di kiri kanan jalan.

“ Abang tengok pokok-pokok bergoyang dihembus angin. Lama abang merenung. Daun-daun pokok tu dapat diibaratkan seperti manusia.” Suami menyambung. Saya mengalihkan pandangan kepada suami. Saya semakin berminat dengan analogi yang sedang diceritakan. Terbayang pula tingkap bilik belakang di rumah ayah bonda dengan pemandangan pokok-pokok yang tinggi dan merimbun.

“ Daun-daun tua seperti manusia yang semakin berusia, tidak lagi kuat. Akhirnya berguguran ditiup angin. Daun-daun muda pula, hampir tidak ada yang sempurna daunnya. Walaupun masih muda dan kuat. Barangkali seperti manusia, walaupun muda namun penuh dengan kekurangan di sana-sini, kurang fizikal dan rohani.” Saya menumpukan perhatian kepada setiap kata-kata suami yang masih sedang memandu.

“ Daun-daun muda itu pula, suatu masa akan beransur tua. Dan akhirnya tetap akan keguguran.. Malah ada juga yang gugur sebelum menginjak usia tua” saya menyambung bicara.

Makna sebuah kehidupan

Alam adalah ladang subur yang mendidik diri. Padanya, pelbagai hikmah yang boleh dihayati buat diri yang ingin berfikir.
àMÎ6/Zム/ä3s9 ÏmÎ/ tíö¨9$# šcqçG÷ƒ¨9$#ur Ÿ@ϨZ9$#ur |=»uZôãF{$#ur `ÏBur Èe@à2 ÏNºtyJ¨V9$# 3 ¨bÎ) Îû šÏ9ºsŒ ZptƒUy 5Qöqs)Ïj9 šcr㍤6xÿtGtƒ ÇÊÊÈ  
11. ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.

Kehidupan terlalu besar dan luas definisinya. Yang kaya, yang miskin, yang besar, yang kecil, semuanya mendefinisi kehidupan daripada apa yang dilalui dalam tempoh kehidupan mereka. Kehidupan adalah perjalanan. Kesenangan dan kesukaran, setiap satunya adalah persediaan menuju Tuhan.

Sudah menjadi hukum alam, yang kecil akan menjadi dewasa, yang dewasa akan beransur tua, dan yang tua akhirnya akan pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Dan keseronokan dunia yang dibangga-bangga akhirnya akan ditinggalkan tanpa sedikit sisa. Kesakitan, kebahagiaan, kekayaan dan segala bentuk ujian yang bertamu semasa masih ada usia, semuanya akan dipersoalkan di sana kelak. Saya merenungi lagi ayat-ayat cintaNya.

$yJ¯RÎ) ã@sWtB Ío4quysø9$# $u÷R9$# >ä!$yJx. çm»uZø9tRr& z`ÏB Ïä!$yJ¡¡9$# xÝn=tG÷z$$sù ¾ÏmÎ/ ßN$t6tR ÇÚöF{$# $£JÏB ã@ä.ù'tƒ â¨$¨Z9$# ÞO»yè÷RF{$#ur #Ó¨Lym !#sŒÎ) ÏNxs{r& ÞÚöF{$# $ygsùã÷zã ôMoY­ƒ¨$#ur  Æsßur !$ygè=÷dr& öNåk¨Xr& šcrâÏ»s% !$pköŽn=tæ !$yg9s?r& $tRâöDr& ¸xøs9 ÷rr& #Y$pktX $yg»uZù=yèyfsù #YŠÅÁym br(x. öN©9 šÆøós? ħøBF{$$Î/ 4 y7Ï9ºxx. ã@Å_ÁxÿçR ÏM»tƒFy$# 5Qöqs)Ï9 tbr㍤6xÿtGtƒ ÇËÍÈ  
24. Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah Dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) Dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna Dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan Dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).

Untuk menghargai setiap nafas yang dihela, terlalu banyak yang perlu dipertanggungjawabkan. Walaupun masih muda, ataupun sudah tua, adalah sesuatu yang merugikan untuk membiarkan masa yang berlalu begitu sahaja tanpa usaha untuk menambahbaik kualiti kehidupan. Sama-sama kita melatih diri untuk menguruskan cabaran kerana setiap cabaran adalah sisi yang akan mematangkan walaupun ianya adalah sesuatu yang sukar untuk didepani. Saya percaya, setiap kesilapan adalah pengajaran. Ada benarnya sebaris kata-kata yang pernah saya dengari “ If you’re not making mistakes,then you’re not doing anything”.

Merenung sisi cabaran yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat r.a, ternyata mereka sanggup berkorban apa sahaja biarpun nyawa menjadi ganti. Kita semua tahu kisah hijrah baginda ke Thaif. Ketika baginda Nabi Muhammad SAW ingin meninggalkan bumi Tha'if, para musyrikin berbaris di tengah jalan, mengambil batu, lalu melemparkan batu kea rah baginda. Semasa baginda melangkahkan kakinya,batu-batu itu mengenai semua tubuh beliau sehingga luka berdarah, dan sambil mereka melempar, mereka mengejek dan mencaci. Setelah bebas dari perbuatan suku kaum Tsaqif itu, baginda terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Beliau berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirehat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Tha'if itu. Subhanallah, dalam menahan kesakitan pada seluruh badan, hati masih sangat bimbangkan ummatnya.

Saya teringat pula kisah seorang serikandi bernama Sumaiyah yang diseksa di bawah panas terik matahari dengan pakaian besi, namun keimanan tak tergugat walau seinci. Sungguh terlalu besar cabaran yang perlu didepani oleh mereka dalam usaha menggapai cinta Ilahi. Terasa diri ini sungguh kerdil dan lemah.

Menyebut kembali kata-kata Imam Hasan Al-Basri, dunia ini hanya ada tiga hari. Hari kelmarin yang sudah berlalu dan kita tidak mampu lagi untuk mengubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan berada di dalamnya. Dan hari ini, adalah kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Justeru, manfaatkan hari ini yang sedang dilalui sebaiknya kerana kita tidak pernah tahu apakah masih ada esok untuk dilalui.

Memang sukar menebak apa yang terbaik,
Memang mustahil meneka semua perkara esok,
Namun apa yang tidak mustahil,
Adalah untuk menjadi insan yang percaya,
Bahawa Tuhan itu Ada,
Dan Dia sungguh Maha Saksama.

Nescaya
Tenanglah jiwa
Lerailah kekusutan
Lapanglah pengertian
Pada sebuah kehidupan

Kerana...
Kita tidak membuat kerja Tuhan.




0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Wardah Design with love by CikBulat