Friday, March 28, 2014
Ada kamu :)
Dalam hari-hariku ku kini ada kamu,
Datang dekatku dan sudi melindungi.
Dalam hatiku ku ada kasihmu,
Insan terdekat teman yang akrab.
Dalam semangatku yang tak menentu,
Mujur ada kamu menjadi obor.
Dalam doaku terukir namamu,
Sungguh aku tenang menjadi penemanmu.
aisyahumaira 280314
Posted by Wardah Maqsurah at 11:34 PM 0 comments
Wednesday, March 26, 2014
Ketika memilih kebaikan :)
Ketika memilih untuk membuat kebaikan,
Bertahanlah....kerana ujian akan hadir merintangi,
Sebagai cubaan buat sekeping hati yang teruji,
Bukankah di balik hujan itu adanya pelangi nan berseri?
Ketika memilih untuk membuat kebaikan,
Bersabarlah...kerana dugaan emosi takkan terhenti,
Hingga mungkin air mata tak mampu dihapus pergi,
Membuat diri tewas tak ingin melangkah lagi.
Ketika memilih untuk membuat kebaikan,
Beringatlah...bimbang diri terasa lebih tak ada kurangnya,
Terasa diri hebat lantas merosakkan iman di sanubari,
Sehingga kebaikan orang lain dipandang sepi tak bererti.
Ketika memilih untuk membuat kebaikan,
Berjuanglah...kerana keringat kepayahan akan melelahkan rasa,
Mengisi titian hari-hari sendiri tanpa dipeduli,
Sehingga bimbang ingin berhenti tak ingin meneruskan lagi.
Ketika memilih untuk membuat kebaikan,
Bersederhanalah, kerana diri punyai limitasi tersendiri,
Sedangkan Robbi berjanji pasti akan melindungi,
Takkan insan ditimpa cabaran di luar upaya diri.
Temanku sayang,
Kebaikan itu jua adalah suatu ujian,
Adakah ia mampu membawa dekat dengan Tuhan,
Ataupun membawa hati jauh ke istana yang megah,
Kerana,
Hitam atau putih itu, pilihan diri sendiri!
[aisyahumaira 260314 @ cheras]
Posted by Wardah Maqsurah at 3:54 PM 0 comments
Thursday, March 20, 2014
Hanya untuk Dia...
" Kita mencari-cari di mana kekuatan untuk mendepani semua cabaran. Sedangkan hakikatnya, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah itulah kekuatan yang sebenar. Daripada situ, kita belajar mencari jalan keluar dan bersangka baik dengan aturan Dia.." saya menyambung bicara, mengingatkan diri sendiri sebenarnya.
SETIAP MATA YANG MEMANDANG ITU BERBEZA
Ada yang melihat tabir senja petang itu mendamaikan,
Berdiam menghayatinya suatu kebahagiaan,
Ada yang melihat deru ombak itu meralitkan,
Menghela nafas di tepiannya suatu kebahagiaan,
Ada yang melihat pelangi itu menyenangkan,
Menantinya setelah pergi titis hujan suatu kebahagiaan.
Kerana,
Pandangan itu milik setiap insan,
Melihat dunia daripada mata hatinya,
Tidak hairanlah jika ada dua jiwa ditimpa ujian sama,
Namun, menanggapinya dengan cara berbeza.
Taqdir Ilahi akan terus berjalan,
Melewati hari menemani sisa nafas,
Sedangkan insan terus diberi pilihan,
Ingin mengeluh atau menyukuri.
Duhai jiwa,
Biar terus segar mengharap cintaNya,
Tunduk bersujud di bawah langitNya,
Bertasbih memohon keampunanNya,
Dalam hempas luka dan dosa kepadaNya.
Duhai jiwa,
Cintailah dunia dan isinya seadanya,
Kerana ia tidak lama,
Rinduilah pertemuan dengan cinta abadi,
Di sana nanti dengan haruman syurgawi.
Posted by Wardah Maqsurah at 9:55 PM 0 comments
Labels: Nasihat
Wednesday, March 19, 2014
Bicara hati
Dan berimpian untuk berbakti.
aisyahumaira @ cheras
Posted by Wardah Maqsurah at 12:08 PM 0 comments
Labels: Karya
Tuesday, March 18, 2014
Terima kasih, murabbi
Posted by Wardah Maqsurah at 6:30 PM 0 comments
Labels: Dunia Pendidik
Saturday, March 15, 2014
Mendengar untuk memahami...
مِنْ مآءٍ مَهِيْنٍ . ثُمَّ سَوّاَهُ وَنَفَخَ فِيْهِ مِنْ رُوْحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ الّسَمْعَ وَاْلاَبْصرَ وَاْلاَفْئِدَةَ
قَلِيْلاً ماَ تَشْكُرُوْنَ
(Dialah Allah) yang menjadikan segala ciptaan-Nya indah, dan Dia memulai penciptaan manusia dari tanah, kemudian menjadikan keturunannya dari air yang hina (air mani), kemudian Dia sempurnakan kejadian (fizikalnya) dan Dia tiupkan roh-Nya, dan Dia jadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati (akal fikiran ), namun sedikit sekali kamu yang bersyukur. (QS. 32 (Al-Sajadah): 7-9).
إِنَّ النَّاسَ قَدْ أَحْسَنُوا الْقَوْلَ كُلُّهُمْ ، فَمَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ فِعْلَهُ فَذَاكَ الَّذِي أَصَابَ حَظَّهُ ، وَمَنْ خَالَفَهُ فَإِنَّمَا يُؤَبِّخُ نَفْسَهُ
‘Sesungguhnya manusia telah memperindahkan ucapannya, maka barangsiapa yang ucapannya sesuai dengan perbuatannya, maka itulah orang yang akan mendapatkan bahagian keuntungan. Namun barangsiapa yang ucapannya tidak sesuai dengan perbuatannya maka itulah orang yang mencela dirinya sendiri.’ (Sifatus Sofwah, Ibn Jauzi)
Tuntunlah oleh kamu orang yang hampir mati itu dengan bacaan “Laa ilaaha Illallaah” (tiada Tuhan selain Allah)
Posted by Wardah Maqsurah at 9:36 AM 0 comments
Labels: Kehidupan
Kerana dia, ada kamu.
" Kenapa?"
وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Izinkanku menyulam kata,
Dengan diulit kasih tak sudah,
Izinkanku merayu madah,
Dengan rindu merimbun di jiwa.
Bonda,
Masih segar bertamu di ingatan,
Sabarnya bonda waktu kecilku,
Tangis dan tawa bersilih ganti,
Rajuk dan senyum mengisi hari.
Bonda,
Mana mungkin untukku lupa,
Pada senyuman indah dibibirmu bonda,
Mendamaikanku yang sedia mencuka,
Bila keinginanku tak terpenuhi olehmu.
Bonda,
Takkan mampu kubiarkan pergi,
Nasihatmu berhikmah penuh kasih,
Yang sentiasa kau tutur tanpa jemu,
Setiap kali diriku mengadu itu dan ini.
Bonda,
Tiada yang lebih istimewa,
Hidangan seharian santapan keluarga,
Yang tidak lengah walau sekali,
Percayalah cintaku,
Air tanganmu tiada tandingannya.
Bonda,
Sungguh dirimu amat istimewa,
Sentiasa mengurusi keperluan kami,
Dengan penuh jiwa keibuan,
Membantu ayahanda membesarkan kami.
Kami tahu bonda,
Bukan tidak pernah hatimu terusik,
Kami akur bonda,
Bukan tidak pernah air matamu menitis.
Kerana itu...
Terimalah bonda,
Jambangan mawar cinta kuhulurkan,
Bersama makna sejuta maaf kau sudikan,
Buatku yang sentiasa khilaf dan salah,
Padamu bondaku yang sangat berjasa.
Bonda,
Kini taqdir membawaku ke dunia baru,
Yang sangat asing lagi misteri buatku,
Terima kasih kunci syurgaku,
Atas redha jua restumu.
Ku pohon doa tulusmu bonda,
Moga jalan yang ku lalui ini,
Menatijahkan syurga di dunia,
Lebih-lebih lagi syurga di sana nanti.
Dan tika ini,
Hanya mampuku doakan,
"Ya Allah, kurniakanlah bondaku syurga,
Atas kebaikannya kepadaku yang tak mampu untuk ku balas..."
Ameen ya Robbal 'Alamin.
[aisyahumaira0803.blogspot.com]
Posted by Wardah Maqsurah at 1:22 AM 0 comments
Tuesday, March 11, 2014
Dia yang ku cemburui.
Alangkah malunya kami,
Jika dikau hadir di kalangan kami,
Duhai Saidatina Khadijah kecintaan Nabi,
Kerana akhlakmu sungguh terpuji,
Merentas zaman kekal mewangi,
Menjadi contoh dan teladan buat kami.
Posted by Wardah Maqsurah at 1:17 PM 0 comments